Tuesday, September 29, 2009

Bersediakah Anda...????



Ramadhan berlalu....


Syawal menjelma....


jangan lupa baca buku....


SPM dah hampir tiba......




Anda sweet 17????? ermmm terasa manisnya kan?....


tapi anda jangan lupa, manis itu akan menjadi masam jika anda tidak bersedia untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar, bergelora dan mengujakan....


ramai daripada anda tak sedar betapa pentingnya usia 17 tahun anda tu....


ingat yang manis jerrrrr....tapi jangan lupa kengkawan, senior, sister and bro yang dah melepasi garisan 17 ini tanpa dapat ape-ape.... mengabihkan bogheh yo bak kata orang nogori...




oleh itu adakah ini persediaan anda?....

Sunday, September 27, 2009

kita dah raya sayang....


mama....mama...mama!
kita tak sahur ke?

tak sayang....
kita dah raya la nak....

kita boleh makan la yea?

boleh la kan dah raya ni...

makan petang nanti?

sekarang pon boleh makan.....

yeaaaa iman boleh makan....
opah...kita boleh makan yea opah?

boleh daaaahhhh....

berakhir la ramadhan bagi anak kecil ini....penuh girang. bila di suruh mandi dan mengenakan pakaian melayu baru yang telah siap diseterika. Iman nak pakai baju biru la mama... mana sesuai dengan kaler baju mama oren! takpelah.... iman nak pakai warna biru...
saya terpaksa mengalah juga akhirnya kerana mengenangkan kecekalan dia berpuasa sebulan yang lalu....apa salahnya diturut kemahuan yang tak seberapa itu.... cepat pergi mandi nanti terus gi solat dengan aki. pak tam dan abang wan tau.... ok mama....katanya sambil belari ke bilik air....

Wednesday, September 16, 2009

assalamualaikum....
"berapa hari lagi nak raya mama..."?
"3"
"yey! yey! yey!...seronoknya..."
"nanti buka puasa iman nak makan sandwich, bubuh mayonise, cheese tau"
"ok nanti ibu watkan yea..."

anak saya begitu teruja untuk menghabiskan ramadhannya tahun ini....hanya sehari iman tinggal puasa. kadang-kadang kesian tengok iman lembik bila petang tapi ketabahan dan kecekalannya amat mengkagumkan saya. Alhamdulillah...Allah kurniakan iman kekuatan. kadang-kadang saya tercabar juga tengok keletahnya....