7/11 2009(Sabtu)
umpama anak kecil yang telah menginjak dewasa.....dari merangkak....bertatih....berjalan....dan kini berdiri tegak sehingga mampu berlari laju.....SMK Felda Besout kini telah mencecah usia 25 tahun! Fooooh begitu pantas masa berlalu...
Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Besout 02, para pioneer SMK Felda Besout diraikan dalam satu jamuan makan tengahari yang sederhana tapi amat nostalgik...Ibu bapa, bekas guru dan para pelajar bersama-sama mengimbau kembali kenangan lalu.....ketika zaman tiada pengangkutan awam, jalan tanah merah.....SMK Felda Besout ketika itu begitu terasing dari dunia luar....
Namun kini segalanya telah berubah.....bakan sahaja fizikal sekolah tetapi prasarana juga telah begitu jauh ke hadapan. Dinobatkan sebagai sekolah BESTARI luar bandar pada april 2009 menjadikan SMK Felda Besout begitu gah menempuhi arus persaingan dunia pendidikan global.
Pencapaian akademik dan kokurikulum SMK Felda Besout sentiasa membanggakan.....kerana kami adalah 100% warga felda! Conguratulations!
Warga pendidik juga begitu komited dan yang amat membanggakan kerana ramai yang sanggup berkhidmat menjangkau belasan tahun.....terima kasih daun keladi cikgu.....berkhidmatlah di sini selagi sudi.....


