Monday, February 15, 2010

EMAK PASTI SUNYI....

mak jangan sedih yea...

inilah kali terakhir mak mengiringi perjalanan bapak....
inilah kali terakhir mak menatap wajah bapak...
inilah kali terakhir mak menguruskan keperluan bapak...
inilah kali terakhir mak menemani bapak.....
dan inilah perpisahan pertama mak dengan bapak....
pasti sukar untuk mak...meneruskan kehidupan seharian tanpa bapak...walaupun 3 bulan terakhir ini mak telah bersedia tetapi sampai waktunya mak tewas juga....
pasti mak akan merasa sunyi....tinggal di rumah seorang diri....pasti juga mak terasa hilang kerana tidak lagi menguruskan orang tersayang...mak akan rasa sepi kerana tiada lagi suara bapak berkumandang bertanya perihal anak dan cucu yang datang...pilu dan sayu hati mak tinggal seorang.....apalah daya aku sebagai anak hanya boleh memandang.....tidak dapat menggantikan tempat bapak yang cemerlang....Mak, hanya sabar sahaja yang boleh menjadi tunjang kerana mak telah berjaya menjadi isteri yang baik dan sempurna bagi bapak.....janji mak untuk menjaga bapak sehingga akhir hayat telah tertunai....dan semoga Allah menyempurnakan setiap doa mak....memberi pahala yang setimpal ke atas usaha mak selama ini....amin.

AGY 79

"mama nanti mama gantikan huruf G ni tau...."
aik! apa lagi yang terjadi kali ini....mengundang rasa 'panas' sekali lagi...
kena timpa payung....
kena batu....
kena langgar mak saudara
dan kali ni....
patah plat number kena langgar masa reverse....
hai....macam-macam jadi kat AGY 79 ni....
adik kata dah nak jadi dok kat mana pun kena juga....Iskhhhh mana boleh cakap macam tu....perkara yang boleh dielakkan kita kenalah berusaha untuk mengelak...bukan hanya membiarkannya sahaja....Dah la cuti tahun baru cina ni...mana nak cari kedai/bengkel yang buka? tapi hidup mesti saling menyokong....selagi bukan perkara yang melibatkan maksiat, derhaka kepada ibu bapa dan mensyirikkan Allah, sebagai family kita mesti sentiasa memberi sokongan taat kala diperlukan.....sebab itulah...tak kira panas terik, hujan lebat atau ribut petir aku pergi to find any solution to fix u AGY 79....

SINGKATNYA PERJALANAN....

kenangan terakhir bersama bapak

'tadi mak mama kol.....'
hatiku berdetak....nape mak kol petang2 camni? lantas aku dail semula no mak...
dihujung talian aku dengar suara mak tenang......
'ayeen jangan terkejut ya nak....bapak dah tak ada....' saat itu aku rasa kaki ku seperti tiada tenaga untuk berdiri....tanpa ku sedari...(luar kawalan..i guess) aku menangis teresak-esak....setelah sekian lama rasanya perasaan begini tidak muncul....penuh emosi...sayu...dan kata-kata mak semakin jauh dari pendengaranku.....tapi bayangan bapak pula yang muncul...bagai baru semalam aku bersalam dengannya.....dan bagai baru semalam juga dia menasihatiku seperti kebiasaannya...."yeen....jangan dimarah ya si iman tu...., anak-anak jangan di kasari, jangan gunakan perkataan tak baik kalau marah anak-anak..." pesanan bapak yang kekal disanubariku....walaupun aku bukan darah dagingnya, bapak tak pernah membezakan aku dengan anak-anaknya yang lain malah iman kekal sebagai cucu kesayangan bapak walaupun kami jarang berjumpa lantaran jarak ribuan batu.....

Tiada apa yang dapat aku bagi pada bapak.....malah aku rasa keberhutangan yang banyak kepada bapak.....tidak dapat menatap wajah bapak untuk kali terakhir menyebabkan aku rasa sangat bersalah.....namun aku redha andai itulah yang telah tertulis.....Dari Allah kita datang...kepadaNya jualah kita pergi....semoga bapak ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan mendapat keampunan Allah swt...
selepas ini setiap kali balik bercuti ke kampung...aku tak lagi dapat melihat kelibat bapa duduk di muka pintu.....tak lagi mendengar pertanyaan bapak "yeen dah makan?" yang ada hanyalah kenangan bersama bapak......alangkah singkatnya perjalanan hidup ini....

Thursday, February 11, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-25

yahoooo!!!!

banyakkkk pingat
lapo yeaa udoh belaghi...sazoh...
lajunyaaaaa....
pelajar pendidikan khas
malu yang cg2 muda kalah dengan cg Azizan....Hidup Veteran!!!!!
ke garisan......sedia....
cg Suraya kaki panjang...sebab tu la dia menang....
pasukan silat membuat pertunjukan...sir..sir..sir..RAM..
Pasukan KRS yang menjadi johan Kawad Lintas Hormat...TAHNIAH

En Mohd Nopiah bin Abdul Majid diringi oleh puan Pengetua memeriksa barisan

Temasya sukan datang lagi....
setelah 3 minggu bertungkus lumus membuat persiapan akhirnya sampai gak ke 'Final'....
barmacam-macam acara dirancang untuk menjadikan sukan tahun ini semeriah yang mungkin...selain dari para pelajar mempamerkan kehandalan mereka berlari mewakili rumah masing-masing guru-guru gak tak mau kalah nak tunjuk 'handai' kata orang utara.....biaq putih tapak kasut jangan putih mata medal yang cantik tu mesti nak bawak balik gantung kat almari nanti nak tunjuk kat anak isteri @ suami, nak habaq mai 'abah @ ibu/umi/mama ni masih kuat lagi.... lau panjang umur dapat gak nanti tayang kat cucu.....
Tahun ni Rajawali menjadi johan.....selamat tinggal Jentayu, Garuda dan Cenderawasih..... Pasukan beruniform KRS juara lagi menewaskan PBSM.....dengan bergaya....Soriiiii k tahun ni kami menang!!! Kepada semua guru & staff yang telah bertungkus lumus syabas dan tahniah yea....tahun depan kita kerja keras lagi...Insya'Allah.

Wednesday, February 10, 2010

Happy Birthday

Assalamualaikum.....
Better late than never.....itulah kata-kata oghang puteh yang selalu diguna pakai bila kita "terlewat" melakukan sesuatu.....sebab tu gak la saya nak gune istilah 'keramat' yang belum tentu 'selamat' ini untuk mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY" kepada ex-student saya ni yang sekarang dah taraf "geng" dengan saya walaupun dia masih panggil saya "mama"....selamat Hari Jadi NUR' ADLI AZHARI.....dah besar yea Li...walaupun tak berapa tinggi.....
With you i got so many memories.....sad, bad n sweet......haru biru pun ada. Tapi mama harap Li membesar (growing) dengan pengalaman tu dijadikan panduan. Experience is the best lessons....memasuki usia "dewasa" akan menyebabkan kita hilang panduan kecuali akal dan fikiran kita sendiri. Tiada lagi yang berpesan tentang betul atau salah, jarang ibu bapa menggunakan perkataan jangan untuk menegah. Kebanyakkannya kita guna kebijaksanaan sendiri untuk menentukan right or wrong.....pandai-pandai la jaga diri.....
Anak lelaki saya Iman Iskandar juga menyambut birthdaynya bulan ni....18 Februari....pejam celik dah 8 tahun pengarang jantung mama ni....semoga iman menjadi lebih sihat, matang, berdikari dan penuh kasih sayang.....
Anak perempuan saya, Siti wardatina pun bakal menyambut birthdaynya 26 Februari.....dah semakin masam yea Ina, no more sweet 17......semoga Ina semakin berjaya dan bergaya....tapi jangan lupa hala tuju kita dihidupkan oleh Allah di atas muka bumi ini.....laksanakan setiap tanggungjawab dengan ikhlas Insya'Allah kita akan menuai hasilnya kemudian hari....terima kasih kerana banyak membantu mama dan ibu selama ini....

Thursday, February 4, 2010

1 MALAYSIA

Assalamualaikum....
semalam, 4 Februari 2010
Ayeen pergi ke hospital Slim River kerana menghantar opah iman sakit...almost 2 weeks headache opah tak lega, dah 4 kali ke klinik dan pusat kesihatan tapi sakit opah tak ada perubahan. memenuhi tanggungjawab sebagai insan biasa, ayeen mengadap 'boss' untuk minta kebenaran untuk menghantar opah ke hospital memandangkan keadaan opah semakin teruk. Atas dasar 'BUDI BICARA' bos yang tinggi itu maka ayeen pun dapat la menghantar opah ke HSR. Terima Kasih Puan Pengetua Hjh Siti Mariam......
Semasa di emergency wad HSR (terima kasih kepada semua petugas HSR kerana ayeen tak perlu menunggu lama, only 3 minutes to be entertain) ayeen ternampak seorang wanita india dalam lingkungan usia 30an menemani seorang pesakit wanita cina separuh abad ayeen jangkakan usianya. Dari katil opah, ayeen hanya memandang gelagat wanita india tersebut 'melayan' karenah wanita cina tadi dengan penuh rasa tanggungjawab. Dalam hati saya berbisik, baiknya hati menantu dia ni.....
Selepas opah mendapat pemeriksaan dan rawatan ayeen keluar ke kawasan menunggu di HSR. Semasa bangun hendak ke kafeteria HSR (lapar....dari pagi tak sarapan)...ayeen terserempak dengan wanita india tersebut. Ingin tahu menyebabkan ayeen menyapa wanita tersebut dengan ramah. bagi yang biasa menjaga ahli keluarga di hospital, sifat peramah amat membantu....
u jaga mother in law u ke u?
bukan. Dia nanny...
oooo....dia sakit apa?
dia kanser.....sudah operate setahun lalu, sekarang masih sakit. dia saya punya jiran. kawin anak takda, dia punya laki sudah meninggal, tinggal dia sorang-sorang....

Mendengar penjelasan tersebut, jantung ayeen bagai terhenti seketika....ayeen terus berhenti melangkah dan terus memandang tepat ke wajah wanita india tersebut.... hanya kata-kata ini yang terpancul dari mulut saya...
baiknya hati u....
saya kesian tengok dia takda sapa-sapa mau tolong...
semoga tuhan balas jasa baik u, nama u sapa?
Kalailetchumy
saya nak tulis tentang u dalam blog i bleh ke?
dia senyum dan angguk, yeen pun tak pasti dia tahu ke tak apa yang yeen maksudkan dengan menulis blog. Begitu tingginya nilai kemanusiaan yang terdapat pada rakyat Malaysia.....yeen percaya misi PM akan tercapai. Lupakan segala perbezaan tapi carilah persamaan....
Yeen menarik nafas lega tetapi sarat dengan rasa terharu.....begitu tebalnya nilai kemanusiaan yang ada pada Pn Kalailetchumy untuk membantu seorang jiran yang dalam kesuasahan....."budi bicara" bukanlah perkara yang perlu dipohon tetapi perlu diberi dengan ikhlas.....
ketika di kafeteria HSR yeen termenung panjang.....dalam kepala masih ligat berputar bayangan perlakuan Pn Kalailetchumy melayan penuh ikhlas jirannya yang sakit....biarpun bukan sebangsa dan seagama......rasa hiba semakin menjalar dalam jiwa yeen terbayang wajah opah yang semakin samar-samar.....kerutan dahi menahan kesakitan.....walaupun opah bukan darah daging yeen tetapi dia telah banyak berkorban untuk menjaga dan membesarkan Iman. Tiada kata-kata yang dapat mengggambarkan betapa tingginya nilai "HUTANG BUDI" kami anak-beranak pada Opah.....Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga bila Iman telah dewasa kelak, dia tak perlulah memikirkan Prosedur @ Budi Bicara untuk membantu orang lain tetapi lahir dari hati yang ikhlas dan rasa kemanusiaan yang tinggi......yeen selalu berpesan pada anak-anak supaya bila kita berada di atas....kita jangan lupakan orang yang di bawah....

KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK......

Pengetua, Pn Hjh Siti Mariam
bergambar dengan pelajar-pelajar cemerlang PMR 2009

TAHNIAH....!!!!!
itulah kata-kata ucapan yang paling sinonim dengan kejayaan setiap insan tanpa mengira apa jua bahasanya.....Conguratulation kata orang putih! pelajar-pelajar ini telah melakar sejarah tersendiri secara peribadi kerana berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. tentulah ayah dan ibu tersenyum bangga.....guru-guru juga tumpang gembira melihat anak didik berjaya....
Bukan untuk meminta pengiktirafan kerana segala ilimu dan keringat yang dicurahkan adalah tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik yang semakin dipinggirkan....tetapi sekadar ucapan terima kasih pun amat memadai dan melegakan, sebagai tanda anak murid yang dididik tidak lupa daratan...semoga pelajar-pelajar ini akan terus berjaya dan mengingati siapalah mereka satu hari nanti andai tiada guru yang mengajar menulis, membaca dan mengira....