her problem is......we diagnosis....liquid inside her head....semakin banyak that's why we need to perform a surgery....and bla...bla....bla....pendengaran aku semakin kabur mendengar explaination dari DR FARAH...di wad 6B tentang masalah kesihatan opah yang semakin meruncing....sukar untuk digambarkan penderitaan yang opah tanggung dalam masa 2 bulan ni....keluar masuk hospital, melalui pelbagai 'test', x-ray and scan. Akhirnya doktor confirm ada cecair yang menghimpit otak opah sehingga menyebabkan dia berasa sakit kepala yang teramat sangat. So, tepat jam 10.45 am, 16 Mac 2010 opah sekali lagi menempuh saat cemas di bilik bedah. Jika dulu, 30 Mei 2007 opah dibedah untuk membuang payu dara sebelah kanan kerana kanser....and alhamdulillah she make it....kali ini opah sangat lemah, tidak bermaya dan hilang semangat untuk melaluinya sekali lagi. Namun selepas dipujuk berkali-kali opah mengalah juga....dan sebagai balasannya aku menemani opah sepanjang operation berlangsung selama hampir 4 jam....Malam itu juga aku bermalam di hospital untuk menjaga opah.....
Mengelap badan, memandikan, menukar pakaian, mengelap muntah dan menukar lampin pakai buang.......membuatkan aku insaf...sangat-sangat redha dengan perjalanan hidup ini... Menguruskan opah walaupun hanya sekejap amat menyentap hatiku....setiap kali aku mengusap kepalanya yang yang masih berplaster menyebabkan air mata ku menitik..... Begitu pantas masa berlalu.....Bagai semalam opah mendodoi dan membuai anakku Iman Iskandar yang dia perlihara dan jaga sejak Iman berusia 21 hari...menyalin lampin, membancuh susu, menyuapkan makanan dan yang paling sukar untuk dilupakan opah sanggup berhujan berpanas untuk menghantar dan menjemput Iman balik dari sekolah.......perkara yang aku sendiri sukar lakukan.....Dengan opah Iman sangat dimanjakan.....permintaan Iman jarang diabaikan.....kehendak Iman sentiasa ditunaikan....hatta sehingga kini makan Iman masih bersuap jika dengan opah.....Hanya Allah yang dapat membalasnya. Kini setelah hampir 2 bulan opah terlantar.....aku ingin membalas segala jasa opah....walaupun aku tahu ia hanya bagaikan sebutir pasir di pantai yang luas.....menguruskan opah walaupun hanya sehari semalam aku merasa puas.....peluang ini mungkin tak akan aku perolehi lagi....mujurlah masa ni cuti sekolah....Inilah masa untuk aku membalas segala jasa orang yang pernah berbakti bukan sahaja kepada anakku tetapi kepada aku juga....yang memasak makanan kegemaranku walaupun tanpa diminta....menyediakan minuman kegemaran tanpa dibayar apa-apa......Setiap kali bulan puasa...opah akan menyediakan juadah untuk berbuka......kadang-kadang ringkas tetapi memenuhi selera......sesak terasa hatiku.....apakah aku berkesempatan untuk menikmatinya lagi tahun ini atau tahun-tahun akan datang bersama opah......Dalam solat ku berdoa semoga Allah memberikan aku kesempatan untuk membalas budi dan jasa opah....Semoga Allah memberi kesempatan opah menikmati hidup ini dengan lebih sempurna.....namun begitu aku redha andai itu takdirNya kerana sudah pasti Allah telah menetapkan jalan yang terbaik untuk setiap hambanya.........
Tuesday, March 16, 2010
Wednesday, March 10, 2010
TAHNIAH....kepada semua
TAHNIAH! selepas berhempas pulas.....sepanjang tahun lepas...dan menahan gelodak jiwa semenjak minggu lepas....akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu datang jua. Ada yang berderai airmata...suka?bangga?seronok? atau....kecewa? tak kurang juga yang hadir dengan muka selamba bagai tak ada apa-apa. Guru-guru tersenyum bangga.....subjek mereka maintain 100%, ada juga yang menepuk dahi, mengurut dada.....sesak nafas...memikirkan apa nak jawab pada pengetua bila ditanya semasa post mortem nanti.....Apa pun untuk my beloved daugther...Siti Wardatina....you make me proud of you....mama tak kecewa walaupun harapan mama lebih tinggi dari itu....Tahniah untuk Nor Asyikin Basran yang memperolehi 7A dan sekali lagi dinobatkan sebagai pelajar terbaik. Selain itu tahniah juga kepada Muhammad Alif Firdaus, Nurol Hasanah, Nor Faezah, Mohd Redzuan, Nor Hafizah , Nur Fauziah dan semua anak murid saya yang lain....untuk mencatat kesemua nama anda dalam blog ini mungkin mengambil ruang yang lebih panjang....tetapi anda semua ada di ruangan hati cikgu. Cikgu bangga dengan pencapaian anda semua....dan berdoa semoga anda menjadi insan yang berguna kepada agama, negara dan bangsa. Kejayaan seseorang bukanlah hanya diukur dengan pencapaian akademiknya sahaja......tetapi kejayaannya untuk menjadi insan yang mampu mempertahankan maruah, jati diri, aqidah dan seterusnya menyumbang kepada kesenangan dan kemuliaan sendiri dan keluarga.....
Friday, March 5, 2010
LDP 1......segalanya ICT....Bestari....
Selaras dengan tuntutan BESTARI yang kian......mengembang....kan sayapnya...Guru-guru perlu 'berlari pantas' untuk seiring dengan perubahan tuntutan pendidikan masa kini. bukan setakat mengajar mengunakan white board dan kata-kata (chalk & talk). sehubungan dengan itu guru-guru telah dikerah....untuk menghasilkan bahan P&P mengikut subjek masing-masing....ramai gak la yang pening......tapi....cabaran ini tetap disambut dengan ikhlas dan determination.....Agi Idup Agi Ngelaban.....walaupun terpaksa memikul beban....
Ajar Guna Smart Board....Bestarinya....
sebagai sebuah sekolah Bestari luar bandar yang baru memenangi anugerah Infrastruktur Terbaik baru-baru ini SMK Felda Besout ingin berkongsi kemahiran menggunakan peralatan mengajar yang lebih advance dan terkini dengan semua warga pendidik....Smart Board. Memberi ruang kepada guru untuk explore tool yang dibekalkan dengan lebih mendalam....pelajar-pelajar lebih berminat untuk mencuba.....pengajaran lebih berkesan.....minat dapat ditingkatkan.....
nanti iman nak susun piala banyak-banyak.....
Tahun ni pertama kali iman dibenarkan bergiat aktif dalam sukan....(sejak usia 10 bulan iman mandapat serangan athma yang kronik)...so, it's very hard for me to let him involve in sports...(mother nature)...bila doktor beri kebenaran iman boleh bersukan secara ansur maju....i let him go...and as a result...he is very happy. Untuk pertama kalinya...he grab his own trophy...yahooooo! and what he said...."tahun depan iman nak letak piala iman kat atas meja ni....banyakkkkkk....." an as a mother i smile proudly.......yes! this is my son.....Terima Kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang bersemangat dan berwawasan......
Subscribe to:
Comments (Atom)


