Wednesday, March 2, 2011

Iman nak jadi cikgu lah

assalamualaikum wbr.......
Selepas senja....my hero balik dari mengaji al-Quran......dalam perjalanan balik ke rumah selalunya saya menggunakan kesempatan tersebut untuk berbual macam-macam perkara dengan dia....tentang kerja sekolah.....pengasuh masak apa?.....dia buat apa petang tadi.....sampai la ke perkara-perkara yang berkaitan masa depan....Iman memang bercita-cita "tinggi" nak jadi "askar". dari umur empat tahun itula cita-cita murni dia.....lau tanya mesti nak jadi askar macam Pak Teh....nanti Pak Teh panggil Iman "Tuan" dan iman panggil Pak Teh "Amir" je.....waaahhhhhh macam sebaya pulak dia dengan pak teh dia...
Dalam rancak berbual pasal kerja sekolah dia petang itu, Iman tiba-tiba bersuara....
"mama, Iman nak jadi cigu laaaa......"
haaaaaaahhhhh! terkejut saya, saya terus tanya
"Iman dah tak nak jadi askar ke?"
diam sebentar.....kemudian perlahan antara dengar dan tidak dia berkata
"Iman rasa Iman nak jd cikgu......."
saya tanya kenapa?
selamba je dia jawab......"Cikgu boleh rotan orang......"

Terngaga saya dengan jawapan itu.........tiada kata-kata yang dapat diungkapkan....anak saya yang berusia 9 tahun mempunyai tanggapan yang begitu terhadap kerjaya seorang guru......
Saya merasa sedih, terharu......rasa nak marah pun ada....bercampur baur.....
Saya nak salahkan siapa? kenapa anak saya menganggap tugas seorang guru 'boleh merotan' orang?
Sampai dirumah saya masih berfikir tentang "anggapan" Iman terhadap kerjaya seorang guru. Saya pujuk hati saya.......dengan mengatakan itu hanyalah "gurauan" seorang kanak-kanak......namun kadang-kadang ia tetap hadir dalam benak saya terutama setiap kali saya memandang pelajar yang dikenakan hukuman rotan...........kerana saya juga seorang guru.......