Wednesday, November 2, 2011

Alhamdulillah.....

ketika tahun 2011 hampir menuju ke penghujung.....menjadi kebiasaan kepada kita memasang pelbagai azam untuk merencanakan pada tahun hadapan. setelah menempuh pelbagai dugaan dan cubaan sepanjang tahun ini saya tetap berazam untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Pelbagai pengalaman dan kejayaan di tempuhi dan diraih tahun ini....syukur kepada Allah.
Allah perkenankan permintaan yang PERLU bukan yang diMAHU....
Anakanda saya Siti Wardatina menapak ke menara gading....my dream and her dream to: UPNM
Dulu dia menangis kerana tak berpeluang mengikuti program Asasi di UPNM tetapi Allah perkenan impian itu untuk mengikuti pengajian Ijazah sarjana Muda.....alhamdulillah....saya sentiasa memanjatkan syukur ke hadrat Allah........

Anakanda saya Siti Kholijah masih bergelut untuk mencari tempat di IPTA.....pelbagai cara dan usaha saya cuba.....tetapi Allah belum perkenankan. saya redha.....kerana Allah sudah pasti merencanakan destinasi untuk anak mama yang seorang ini.......saya sentiasa berpesan kepada dia agar sentiasa merendah diri, jangan sombong dan sentiasa berlapang dada supaya Allah memberi dan memperkenankan doa.

Anakanda lelaki saya....Iman Iskandar semakin matang....jiwanya sangat sensitif dan peka. Air matanya amat mudah menitis hatta mengenangkan ikan yang dipelihara mati pun dia menangis. Bila terkenangkan anak kucing yang terbiar pun menjadi hiba baginya. Alhamdulillah Iman membesar tanpa banyak masalah......penyakit asma yang membelengu dia semakin nyah....

Tahun ini juga saya memperolehi APC kali yang ke-3.....Alhamdulillah......kerja saya diterima dan diiktiraf rakan sekerja dan ketua. Allah memberikan saya rezeki yang saya kongsi bersama dengan rakan-rakan dalam bentuk ilmu yang dijana.

Saya juga memperolehi "mahligai" kami sekeluarga pada tahun ini. Impian untuk tinggal besebelahan dengan adik saya Suraya juga Allah makbulkan.....Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang saya dustakan.......? saya bersyukur Allah perkenankan impian....bukan keinginan.

Tuhan uji saya dengan kesakitan......kesihatan saya merosot.....tetapi Allah kurniakan saya dengan rezeki......pertemuan dengan sahabat-sahabat lama zaman persekolahan......alhamdulillah. saya sangat bersyukur......alhamdulillah......