Sudah masuk minggu ke-4 sesi persekolahan 2012 bermula. situasi 'hurry n messy' dah menjadi 'calm n cool'. rakan-rakan guru dah boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan "mengajar". Tiada lagi suasana kelam kabut akibat tersalah jadual sebab fasa bertukar jadual sudah berlalu......Alhamdulillah...
Tapi mood 'refreshing' ni kadang-kadang terganggu dengan cuti yang agak panjang. nak recover balik kenalah ambil masa. Ketika guru dan palajar sudah mendapat kembali mood 'lesson and learn' cuti Tahun Baru Cina pula muncul......aduhai....potong stim betul laaaa.....
So selepas 'berjam' di jalan raya untuk balik dan datang semula dari kampung....sekolah kembali beroperasi di pertengahan minggu.....so ramai la yang kena sindrom 'thursday blues'. kehadiran dalam kelas pon amatlah 'economic'.....cukup korum je lah. Tapi saya bangga juga kerana nasib baik kelas saya tak lah 'dilanda garuda'......
Pelajaran berlangsung seperti biasa......firm but fun. Pelajar 1 Anggerik saya amat bersemangat sekali melukis ikan Arowana mereka. Perasaan "fobia" mereka terhadap PSV semakin kurang......dan lebih confident....dan ada juga yang begitu excited sehingga saya tidak boleh terlewat masuk kelas.....aduhai.....nak teguk air sejuk dalam peti ais di bilik guru pon tak sempat.
Pelajar saya kini begitu 'intim' dengan saya.....tak takut langsung! berbanding dengan 5-10 tahun dahulu, saya antara guru 'brutal' yang amat dihindari oleh pelajar......kalau boleh memang tak nak jumpa nanti ada je yang kena tegur....tanda nama tak ada, tudung pendek, skaf hitam. kain dalam tak pakai dan macam-macam lagi kesalahan......so tak hairan lah jika ada yang sanggup mengelak dari bertembung dengan saya......
Tapi sekarang dah berubah.....pelajar menjadi kawan...mereka mahukan layanan kelas pertama (walaupon mereka tak pernah naik kapal terbang), cikgu tak boleh marah silap hari bulan kena saman.......paling malang jika teguran dianggap 'pencabulan'.....ermmmm bermalam di lokap lah jawabnya. Tak hairanlah pelajar sekarang lebih 'berkuasa' dari guru kerana mereka dilindungi pelbagai akta......dan undang-undang. Yang benar boleh kecundang.....yang kalah boleh menang jika silap perkiraan dalam sistem perundangan. Apatah lagi guru hanya akan berdepan masalah berseorangan jika nasihat menjadi hinaan, jika sentuhan menjadi pencabulan dan jika teguran dijadikan isu untuk ditukarkan. aduhai.......cikgu.
Paling 'menggerikan' ialah para pelajar begitu pandai mencipta alasan jika tersepit dengan tugasan dan peraturan yang disediakan oleh pihak sekolah. kadang-kadang langsung tidak boleh diterima akal.....tapi guru langsung tidak boleh melakukan tindakan kerana takut nanti kena saman.......
Jika disoal
kenapa datang lewat ke sekolah?
jawapannya : bangun lewat
kenapa tak buat kerja sekolah yang diberi?
jawapannya : lupa
kenapa tak hadir ke sekolah?
jawapannya : saya demam
mana surat sakit?
jawapannya : tak ada
dan yang paling "sadis dan sinikal" atau apa sahaja istilah yang nak digunakan ialah jawapan bagi soalan....
kenapa kamu tak pakai pakaian PJ?
jawapannya : saya sakit tekak cikgu.......
aduhai......anak siapakah itu???????
Thursday, January 26, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)


