Tuesday, October 20, 2009

patah tumbuh hilang berganti...

menjamu selera

Tn Hj Abdul Kefli Menerima cendera hati dari Pn Hjh Siti Mariam


Tn Hj Abdul Kefli menyampaikan ucapan



Mengakhiri ucapan terakhir beliau dengan syair arab Tn Hj Abdul Kefli bin Mat Sih berjaya "menyepikan" sekejap para audien beliau yang terdiri daripada guru-guru, staf dan warga kerja SMK Felda Besout yang sama-sama meraikan beliau sempena Majlis Makan Tengahari sempena pertukaran beliau ke SMK Syeikh Abdul Ghani.
saya memohon setitis air untuk membasahi tekak yang kering
Tuhan kurniakan saya lautan yang luas
saya memohon sepohon pokok yang rendang
untuk saya tumpang berteduh
Tuhan kurniakan saya hutan yang tebal
saya memohon seorang teman berbual
Tuhan kurniakan saya rakan-rakan seperti kalian...

begitulah antara ucapan beliau yang mampu "menyebakkan" sebahagian hadirin yang memberi fokus terhadap ucapan terakhir Tn Hj Abdul Kefli.
Tn Hj Abdul Kefli telah betugas setahun setengah di SMK Felda Besout sebagai Pengetua. Pelbagai sumbangan yang telah beliau berikan kepada warga sekolah dan komuniti setempat. Terkenal sebagai seorang yang low profile dan sangat disenangi, bahasa dan budi merendah diri, Tn Hj Abdul Kefli begitu pantas menjadi shining star di Besout. Menekankan budaya kerja "saling membantu" beliau dapat mengangkat SMK Felda Besout sebagai antara sekolah yang bakal menuju ke arah sekolah Bestari luar bandar yang sedang berusaha gigih untuk mancapai matlamat Sekolah Bestari Showcase Luar Bandar.
Selain itu Tn Hj Abdul Kefli juga dapat merealisasikan pembinaan surau SMK Felda Besout yang begitu lama ditunggu-tunggu oleh semua warga SMKFB. Berkat usaha beliau dengan sokongan padu PIBG, guru-guru, staf dan para pelajar akhirnya surau ini dapat dibina dan hanya menunggu masa untuk dirasmikan. alhamdulillah........
kedatangan pengganti beliau, Pn Hjh Siti Mariam binti Joned amat dialu-alukan semua warga SMKFB.....semoga beliau akan memacu lebih banyak kejayaan bersama warga SMKFB di masa hadapan.....

No comments:

Post a Comment