Wednesday, March 10, 2010

TAHNIAH....kepada semua

seronok sebab tak tengok result lagi....pas tuuuuu....uhukkkk
apa yang serius sangat ni....? muka tak puas hati...
anakanda mama....tahniah ina, dapat gak bergambar dengan pengetua....mama pon tak dapat
tahniah Faizah.....hidup KRS!
pelajar cemerlang bersama pengetua
Tahniah....!!!!! senyum gembira....cikgu Fid takut nak senyum tahun depan dia kena 'terima' result SPM....dia setiausaha SPM tahun ni
TAHNIAH! selepas berhempas pulas.....sepanjang tahun lepas...dan menahan gelodak jiwa semenjak minggu lepas....akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu datang jua. Ada yang berderai airmata...suka?bangga?seronok? atau....kecewa? tak kurang juga yang hadir dengan muka selamba bagai tak ada apa-apa. Guru-guru tersenyum bangga.....subjek mereka maintain 100%, ada juga yang menepuk dahi, mengurut dada.....sesak nafas...memikirkan apa nak jawab pada pengetua bila ditanya semasa post mortem nanti.....Apa pun untuk my beloved daugther...Siti Wardatina....you make me proud of you....mama tak kecewa walaupun harapan mama lebih tinggi dari itu....Tahniah untuk Nor Asyikin Basran yang memperolehi 7A dan sekali lagi dinobatkan sebagai pelajar terbaik. Selain itu tahniah juga kepada Muhammad Alif Firdaus, Nurol Hasanah, Nor Faezah, Mohd Redzuan, Nor Hafizah , Nur Fauziah dan semua anak murid saya yang lain....untuk mencatat kesemua nama anda dalam blog ini mungkin mengambil ruang yang lebih panjang....tetapi anda semua ada di ruangan hati cikgu. Cikgu bangga dengan pencapaian anda semua....dan berdoa semoga anda menjadi insan yang berguna kepada agama, negara dan bangsa. Kejayaan seseorang bukanlah hanya diukur dengan pencapaian akademiknya sahaja......tetapi kejayaannya untuk menjadi insan yang mampu mempertahankan maruah, jati diri, aqidah dan seterusnya menyumbang kepada kesenangan dan kemuliaan sendiri dan keluarga.....

1 comment:

  1. x aci nih!!!!
    li x dpt pic ngn pngetuaaa..hahaha

    tahniah semuaa...

    really good to hear all the result!

    ReplyDelete