mak....ibu...mama....umi.....mummy....mek.....ama....dan mungkin macam-macam istilah lain yang kita gunakan untuk memanggil insan yang paling kita sayangi ini.......insan yang melahirkan kita, memelihara kita, mendidik kita dan silap hari bulan.....dia pula membaca yassin dan mengkafankan kita.......subhanaAllah...
Alangkah bertuahnya "ibu" kerana dunia mengiktiraf harinya....seluruh keluarga akan teruja untuk meraikannya.....membeli hadiah, membuat kek....makan di restoran kegemaran.....menyediakan makanan kegemaran....dan macam-macam cara kita meraikan insan istimewa ini.... saya juga tidak ketinggalan membawa anak-anak makan di gerai kesukaan mereka.......(lagi suka kalau saya yang belanja...) Ingatkan tinggal di pekan kecil kurang sambutan hari ibu ni....tapi rupanya sangat meriah sehingga.....mek kat gerai tu kata...."siakap dah habis"......ramainya orang meraikan ibu mereka dengan siakap 3 rasa......
Istilah Hari ibu mungkin memberi impak yang lain kepada yang dipanggil....mama, umi, mummy...dan sebagainya. Sebab itu kita harus membuat pertimbangan "tepat" ketika kita mula-mula menjadi ibu.....kena pilih istilah yang betul-betul berkesan....(self experience). Ketika anak saya lahir saya bersemangat nak anak panggil saya "mummy"...nampak lebih moden dan ranggi....sesuai dengan penampilan saya yang agak adventurer ketika itu...
Entah macamana saya tukar panggilan itu kepada "mama" plak....demi menyesuaikan diri dengan kehidupan saya yang menjadi sedikit "slow" selepas mendapat anak....so i'm glad with the decission.....mama i love you.....
Adik saya awal-awal lagi dah booking....dia nak dipanggil "ibu"....so until now she win the tittle....and grab the honorable wishes ...Selamat Hari Ibu......every year.....dan akhirnya anak-anak lebih mesra dengan ibu mereka berbanding smama walaupun mereka lebih banyak meminta dari mama...
Panggilan keramat itu juga seakan-akan ada magnet tersendiri kepada anak-anak dan ibu. Natijahnya, gelaran / panggilan lain seakan terpinggir.....panggilan ibu lebih "useful" berbanding panggilan yang seerti dengannya.....sebagai contoh, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kaum ibu....persatuan ibu tunggal....ibumie....ubat batuk cap ibu dan anak...dan macam-macam lagi "label" ibu yang digunakan.....dan paling mengejutkan saya ialah anak saya mengaku dia anak adik saya......(dia panggil ibu sejak kecil) bila boss saya tanya dia......"ibu awak cikgu yang mana?"
Bila adik saya ceritakan kembali kepada saya peristiwa itu.....saya amat terkedu....sendu jiwa saya....begitu hebatnya panggilan "ibu".......kepada kita semua.
So.....moral of the story.....gunakanlah istilah / panggilan ibu supaya anak-anak dapat resapan aura panggilan itu......jadi tak heranlah P. Ramlee menggunakan tajuk "ibu Mertuaku".....bukan mak mertuaku dalam filem beliau......
terima kasih ibu......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



cukup kuat auranya. begitu juga panggilan ibu mertuaku 'ibu'. murid, anak sedara dan lain2 hanya memanggil ibu seolah2 ia begitu mesra. apa2 pun saya suka ummi :)
ReplyDeletemun
I pernah cuba ajar anak sulong i panggil i ibu masa dia mula bercakap..tapi malang sekali instead of ibu..dia panggil i 'abu'..hahaaa..memandangkan almost of my nephew and niece panggil ibu mereka mama..anak i dengan mudahnya menyebut perkataan mama tanpa cacat celanya...so lekatlah panggilan mama tu sehingga anak ke-5...Yeen..klulah panggilan ibu itu boleh mngubah situasi yang sgt menekan skrg ini..akan i tukar dgn apa cara sekali pun..tapi i tahu wlupun apapun panggilan anak itu terhadap insan yang melahirkannya atau yang membesarkannya..ia tetap tkkan mengubah apa2 kerana insan bergelar ibu,mama,mak,umi etc..tarafnya tetap sama di sisi Allah swt.. Klulah anak2 tidak menghargai..maka rugilah mereka kerana Allah yg akan memberi ganjaran atas tiap pengorbanan yg dicurahkan tk kiralah apapun panggilan yang diberikan..rugilah mereka kerana tk dpat menambah pahala utk bekalan mrk di akhirat..moga Allah memberi taufik dan hidayah buat anak2 yang menitiskan airmata kita...wallahua'lam
ReplyDelete