Assalamualaikum wbr...
Bulan Mei memang meriah dengan 'meraikan hari...' rasanya bermula dengan Hari Wesak, kemudian Hari Ibu, selepas itu Hari Jururawat dan paling excited dan ditunggu-tunggu oleh warga sekolah ialah Hari Guru....Bermacam post dan comment di wall Face Book berkaitan dengan hari guru sama ada berbentuk teks, grafik mahupun video. Saya pun terhibur juga membaca post rakan-rakan, anak murid mahupun bekas anak murid. Saya tertarik dengan post yang dihantar oleh seorang bekas pelajar yang bakal menjadi guru....antara saranan beliau ialah semoga kerjaya ini lebih dihormati dan tidak diperlekehkan......dengan menoktahkan post beliau dengan kata-kata "tanpa guru....post ni pun kau tak boleh baca!"......bunyi agak keras maklumlah darah muda.
Secara peribadi saya sangat menyintai kerjaya ini.....full of spirit. setelah berada dalam bidang pendidikan selama 19 tahun minat, semangat dan kudrat saya tak pernah luntur malah kadang-kadang semakin marak. saya sangat sensitif bila ada orang 'mempersoalkan' PRODUCT pendidikan masa kini. kadang-kadang menjentik emosi saya....bila ada yang mengatakan menjadi guru ni kerjaya "senang" dan kerjaya kelas kedua. Saya masih bersifat konvensional....kerjaya guru adalah kerjaya mulia....ilmu yang diajar guru dan dimanfaatkan oleh anak murid umpama air sungai yang sentiasa mengalir.......melimpah ketika hujan dan surut ketika kemarau...tetapi tidak pernah kering kerana ilmu yang diajar itu antara 4 bekalan ketika dihisab nanti. Insya'Allah saya sentiasa memanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana menjentik hati saya supaya memilih bidang perguruan sebagai kerjaya saya. Kadang-kadang terfikir juga dalam benak saya....jika saya tidak menjadi guru, "apakah yang saya lakukan sekarang?"
Setelah hampir 12 tahun di SMK Felda Besout, saya semakin jelas dengan misi saya dalam bidang perguruan. Sekolah ini banyak mematangkan saya, memberi saya energy yang kadang kala diluar jangkaan saya. Di Besout saya 'berpindah' usia.....dari seorang guru yang bergaya 'muda-mudi' dan trendy kepada 'hampir' menjadi 'mithali' heeeee.....bunyinya agak ekstrem......tetapi siapa yang mengenali saya 15 tahun lalu ketika di Universiti pasti mengurut dada sambil berkata 'kuuuusssssemangat......' bila bertemu saya sekarang. Alhamdulillah.......saya bersyukur ke hadrat Allah menempatkan saya di sekolah ini dan memberi ruang yang selesa kepada saya berubah walau tidak ketara.
Saya sangat sayangkan sekolah ini, banyak kenangan yang dibina bersama rakan dan pelajar. Walau teman seperjuangan datang dan pergi......saya kekal teguh untuk menabur bakti. Kini saya faham kenapa bekas PK HEM saya Hj Noor Azmi Razali (sekarang PK SMK Trolak) begitu komited bertugas di sini selama hampir 20 tahun...... Perasaan untuk kekal di sini bukan dibuat-buat tetapi ia muncul sendiri.....secara semula jadi. Namun begitu saya percaya......kita perlu berubah supaya hidup kita lebih indah......kita tidak boleh merasa selesa dengan kenangan sedia ada, kita perlu mencari pengalaman baru supaya kita boleh mengutip kenangan baru......memang ada betulnya pepatah melayu "sayangkan anak tangan-tangankan......sayangkan isteri tinggal-tinggalkan...." so sementara kita masih sayangkan sesuatu itu eloklah kita pergi meninggalkannya......supaya kenangan menjadi lebih manis dan bermakna untuk diingati pada masa akan datang....Insya'Allah. Saya tidak mahu meninggalkan sekolah yang saya sayang ini dengan perasaan marah dan benci.....saya ingin pergi dalam keadaan sayang dan merindui.....
Tahun ini SMK Felda Besout meneruskan tradisi meraikan guru-guru dengan pelbagai acara.....terima kasih kepada semua AJK yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Majlis ketua Tingkatan dan Pembimbing Rakan Sebaya yang dibimbing oleh kaunselor Pn Siti Suraya binti Horsi. Saya begitu slow.....tidak terlibat dengan apa-apa acara kerana saya merasa hiba.....dan perut meragam sama. Namun pengalaman tahun ini tetap ingin saya kongsikan bersama kalian......semoga kekal dalam ingatan.
perarakan masuk guru-guru......ada yang tersenyum simpul kerana diiringi dengan paluan kompang....pasti ada yang teringat 'suatu masa dahulu'.......
Anugerah Guru Paling Kemas
Anugerah Guru Paling Ceria
(pengiring pon ceria)
Anugerah Guru Paling Garang!
Anugerah Guru Paling "Lemah Lembut"
Anugerah Guru Paling Sporting
Anugerah Guru Paling Popular
Anugerah Tokoh Khas Guru
Walaupun di bawah terik matahari......sepanjang penyampaian anugerah dah rasa macam kat Genting Highland pulak.....silap hari bulan tahun depan ABPH tukar lokasi.....hahahaaa
3 Abdul
bacaan ikrar
kami berikrar......
sesi paling best.....makan
Walaupun hari guru tahun ini disambut sederhana....tetapi ia tetap glamor dengan tema pink dan blue. semoga ia akan kekal didalam ingatan kita semua. terima kasih semua.....terima kasih warga SMKFB yang sangat dikasihi......


















all d best sis..
ReplyDeletehahahha