Sunday, June 28, 2015

10 Ramadhan.....

Assalamualaikum wbr

Cuaca Ramadhan tahun ini sangat mencabar... panas... kering... walaupun baru sepuluh hari menunaikan ibadah yang menjadi kewajipan seluruh umat Islam ini,,, terasa begitu kerdilnya diri ini. Badan menjadi lemah.... kaki terasa kebas... kepala sakit kerana berlawan dengan cuaca yang panas.
Sedaya upaya saya mengurangkan aktiviti di luar rumah..... saya sekeluarga baru sekali menjenguk bazar ramadhan yang saban tahun menjadi lokasi favourite.

Sebagai motivasi diri... pada hari ke sepuluh ramadhan saya bawa anak-anak. adik beradik. anak buah dan yang utama opah dan aki berbuka puasa di sebuah hotel. Saya nak mereka merasai suasana iftar bersama orang lain dalam suasana yang berbeza dengan suasana di rumah. Bukan hidangan di hotel yang menjadi tujuan utama tetapi bagaimana saya hendak menghabiskan kualiti masa bersama mereka lebih penting.

Saya sendiri tidak tahu.... adakah ini ramadhan saya yang terakhir? atau adakah ini ramadhan salah seorang daripada kami yang terakhir...hanya Allah yang maha mengetahui. Saya sedar sejak setahun ini waktu saya bersama keluarga amat terhad. Taat kala anak-anak semakin membesar, waktu kami bersama selalunya not at the same spot. Ketika saya lapang anak-anak pula ada aktiviti lain yang saya tidak boleh bersama mereka... begitu juga ketika mereka lapang dan bercuti saya kadang kala bertugas di luar daerah. Sejak tiga tahun kebelakangan ini cuti pertengahan tahun saya tidak pernah dinikmati sepenuhnya kerana saya terlibat dengan sukan tenis peringkat MSSM yang memerlukan dua pertiga cuti saya dihabiskan di gelanggang. Namun saya amat bersyukur kerana anak-anak tidak meminta masa saya lebih dari yang saya boleh bagi....Alhamdulillah.

Setiap masa saya berazam untuk memperbaiki hubungan sesama ahli keluarga, Biarpun jarang bersama kerana sibuk dengan tugasan masing-masing tetapi sebolehnya kita perlu mencuri sedikit masa dari yang sedikit itu. Saya mahu bila saya sudah tiada nanti... anak-anak merindui saya kerana mereka merasakan saya selalu bersama mereka setiap masa, bukan hanya masa diperlukan sahaja.
Saya mahu anak-anak mengingati saya sebagai mama yang membahagiakan mereka... seperti mana mereka juga membahagiakan saya sebagai mama mereka, Anak-anak adalah harta saya....

saya bahagia jika mereka gembira

mereka menjadi inspirasi dan kekuatan saya

saya akan terus berusaha untuk membahagiakan mereka



Wednesday, June 17, 2015

Allah beri apa yang kita perlu....bukan yang kita mahu...

Assalamualaikum....
Tahun ini jemari saya sangat "kurang rajin" mengetuk keypad laptop. sukar mencari jawapannya kerana saya sendiri seperti longlai di bawa arus... sejak kebelakangan ini saya bukan lagi "technology addicted". amat ketara saya tidak mengikuti perkembangan gajet terkini....saya pergi pameran ICT atau product terkini PC Fair. Membeli buku juga amat jarang...biarpun masuk bulan april tahun ini saya hanya membeli 3 buah buku sahaja....yang hanya kadang-kadang saya selak sebelum memejamkan mata....
Saya bertanya kepada diri.."apa sudah jadi? apa yang tak kena?" jawapannya tetap ....TIADA....

seperti ada rantai yang mengikat saya...juga ada batu yang membebani emosi saya... setiap kali saya berdoa kepada Allah... minta dan minta dan minta.... kekurangan sentiasa ada di mana-mana. Jiwa saya seperti mengingini yang lebih baik....yang lebih idah...yang lebih cemerlang... saya ingin menyumbang lebih dari apa yang saya ada... saya ingin memberi lebih dari kemampuan saya....

Allahuakhbar.... kenapa saya merasai ujian sebegini.... bagaimana untuk saya mengharuginya...
Allahualam. Akhirnya saya muhasabah diri... Allah bagi saya banyak nikmat...nikmat mana lagi yang saya nak nafikan.... apa lagi yang tak mencukupi... hidup saya sudah lengkap biarpun tidak sempurna. Saya muhasabah diri... kesempurnaan...kecemerlangan...sanjungan dan pujian bukan diperolehi melalui permintaan.... ia adalah anugerah Allah.... Allah menilai kita dan memeberi kita apa yang kita perlu...bukan apa yag kita mahu.

Allahualam

Lembut Hatinya.....

Assalamualaikum...wbr.
Ahad...22 Desimber 2013....tepat jam 23.35 saya mendapat panggilan dari Intan. Antara sedar dan mamai sebab dah terlena sat depan tv. Jauh di hujung talian saya terdengar suara Intan tersekat-sekat...
"cikgu, Jan dah tak ada....."
Mata saya terus terbeliak....
"haaahh! betul ke?"
"Intan tunggu sat, saya call sir Rizlan untuk comfirmation....sat g cikgu call Intan semula" 
Dada saya berdegup kencang....serta merta seperti 'slide show' satu persatu kaletah mereka terbayang di mata saya....

RAMADHAN INI BEGITU BERBEZA...

Bismilahirahmanirahim..
Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Ramadhan 1436 Hijrah....



Ramadhan 1

Ramdhan datang lagi... seminggu sebelum ramadhan berbagai bentuk ucapan kita terima di watsup, telegram, twitter, instagram... dan pelbagai media sosial yang lain.  Dalam Face Book pelbagai resipi di post ke wall kita menggambarkan keperihatinan friends kita... takut kita stuck tak tahu nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. so well said..."Thanks Friendster..."
         Ramadhan saya tahun ni amat berbeza....ini ramadhan ke 3 kami berjauhan dengan BESOUT. Tempat yang sangat melekat di hati kami sekeluarga. Sebuah kawasan pendalaman yang sangat indah bagi kami. Sebuah perkampungan peneroka FELDA yang sukar dilupakan kami sekelurga. Ironinya bukan kerana lanskap semualajadinya tetapi kerana lanskap sosialisasinya..... lebih-lebih lagi di bulan puasa. Bukan setakat makanan dan hidangan yang menjadi nostalgia tetapi ibadah...perjuangan... perjalanan hidup.... pengalaman di Besout begitu berharga.
         Saya amat bersyukur kerana ketika hidup dalam persimpangan saya dihantar bertugas di Besout yang akhirnya menemukan saya dengan insan-insan terbaik. dikelilingi insan terbaik menjadikan saya sentiasa berazam untuk menjadi sebaik mereka... Alhamdulillah... walaupun saya tidak menjadi terbaik tetapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana menjadikan saya manusia yang lebih baik.
         Ramadhan kali ini sangat berbeza..... putera tunggal saya tiada disisi seperti ramadhan2 yang lalu. Ketika melangkah menunaikan terawih  pada malam pertama ramadhan....hati saya sebak dan hiba. Inilah kali pertama saya tidak mengejutkan putera kesayangan saya untuk bangun sahur. Saya juga tidak melihat keletah dia semasa bersahur. Mengenangkan dia yang tidak cerewet tentang hidangan... tidak juga minta kepada saya yang bukan-bukan. Iman seorang yang senang diurus... sahurnya dari umur 6 tahun cukup sekadar nasi goreng dan air masak. Iman tidak pernah culas untuk bersahur... dan seingat saya sejak dari tahun pertama dia belajar puasa sehingga ke hari ini Iman tidak pernah minta untuk berbuka awal apatah lagi puasa separuh hari.... Hari ini putera kesayangan saya ini telah melangkah remaja.... perjalanan untuk menjadi insan kamil supaya suatu hari nanti boleh menjaga ibu dan mama, menjarakkan dia daripada saya. Saya tahu tiada yang kurang dengan menu dan ibadahnya di asrama... tetapi hati seorang mama tetap merasa hiba. Itulah lumrah jiwa manusia yang bersifat hambaNya. Saya berdoa semoga Iman saya ini cekal hati dan dapat melawan segala godaan di bulan yang mulia dan barakah ini. Semoga Allah tetapkan hatinya agar sentiasa meningkatkan ibadah kepada Allah swt.


                 Ramadhan kali ini berbeza... anakanda saya Siti Wardatina telah tamat pengajian... dia sudah memperolehi ijazah yang diidamkan... dan Alhamdulillah anakanda saya yang comel...cantik...rajin dan tak berkira ini telah mendapat pekerjaan. Walau gaji bukan ribu riban tetapi sekurang-kurangnya dia mendapat pengalaman berharga bagaimana susahnya nak "earn money" walaupun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri dan cats kami seramai 18 ekor tu....Mama sentiasa berdoa semoga Kak Na diberkati Allah..
            Ramadhan tahun ini memang berbeza.... Anakanda saya Siti Kolijah telah selamat melahirkan bayi pada 11 Mei 2015. Sebulan sebelum puasa... memang dugaan untuk mereka suami isteri... kerana baby Sumayyah lahir pre-mature. Mereka terpaksa mengharungi kehidupan yang sedikit sukar kerana terpaksa berada di hospital dalam tempoh berpantang.... menguruskan kehidupan dan keluarga sendiri merupakan cabaran baharu kepada mereka. 

Namun begitu, saya percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tempat kita mengadu, meminta dan berdoa. Seringkali saya berpesan kepada semua anak-anak saya...saya bukan selamanya bersama mereka...suatu hari nanti saya tetap akan pergi juga. Kepercayaan  saya juga semakin tinggi bahawa.... rezeki, jodoh dan umur adalah rahsia Allah....
Walaupun berbeza... ramadhan kali ini tetap dijalani dengan rasa rendah diri dan tawadhuk yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Esa. Rasa syukur kerana Allah memberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat bulan yang penuh berkat ini.



Tuesday, November 19, 2013

....Allah menyayangimu....

Assalamualaikum wbr...

     Selepas menikmati makanan tengahari saya berasa mengantuk....so saya baring di ruang tamu menghadap tv. Saya pasti saya memang tak fokus dengan apa yang ditayangkan di skrin tv tersebut. Kak Na tengah bersiap untuk ke pejabat semula. Adik saya Suraya baru meninggalkan rumah untuk ke sekolah dengan pintu pagar yang ternganga.....
     Antara lelap dan terjaga saya terdengan anak perempuan saya Ina menjerit; "mama Mighty! Mama Mighty!" dengan nada suara yang tersekat-sekat. Saya bingkas bangun terus meluru ke luar rumah....melaihat Ina menunjukkan sekujur tubuh yang terapung di permukaan longkang di hadapan rumah....
     Ya Allah.....Mighty...Mighty....lutut saya menjadi lemah. Saya segera mengangkat tubuh munggil Mighty....keras dan tidak bernyawa. Saya buka rantainya.....saya peluk dengan linangan air mata. "Mighty....maafkan mama...maafkan mama....mama tak tau Mighty jatuh..." Ina kaku dan terkedu...terkejut dengan apa yang berlaku. Saya dukung tubuh Mighty....basuh dan bersihkan badannya....saya cium dengan penuh kasih sayang.....air mata saya bercucuran tanpa henti. Dada saya berdegup kencang....Ya Allah kenapa Mighty pergi meninggalkan kami dengan cara yang sebegini tragik. Di hari sepatutnya family kami meraikan bermulanya cuti persekolahan akhir tahun....kami kehilangan teman paling comel, bijak dan disayangi seluruh ahli keluarga.
      Masih terbayang kaki kecilnya yang menggiggil tidak berdaya ketika saya menjumpainya di tepi longkang sebelah Dewan Semai Budiman. Masih terdengar suaranya mengiau kelaparan ketika hari pertama saya membawanya balik ke rumah. Saya mandikan dan bawa ke klinik untuk mendapat rawatan kecacingan. 
      Minghty kami membesar tanpa banyak karenah.....Mighty tak pernah sakit, tak nakal, tak pernah panjat meja..... waktu makan dia akan tunggu giliran...tak pernah berebut. Paling istimewa Mighty peneman yang setia....jika saya memasak di dapur Mighty akan ada bersama.....jika saya menanam bunga Mighty tak pernah lupa bersama saya. Selum tidur Mighty akan bermain dan berlari menyebabkan saya ketawa gembira. Sifat Mighty yang disenangi semua orang ialah di akan menjilat semua kucing-kucing lain sehingga mereka tidor lena. kawan paling rapat Mighty ialah Milky....kemana jua pasti bersama.....
      Mighty dan Milky teman tidor saya dan kak Na. Jika saya terlewat dari biasa Mighty pasti akan bangun dulu dan mengejutkan saya.....dia gemar menjilat telinga saya sehingga saya betul-betul terjaga. Mighty umpama alarm clock kami semua.....Mighty menjadi kesayangan kami sekeluarga...
      Dalam keadaan shock dan terkesima saya membungkus sekujur tubuh tak bernyawa yang comel itu dengan surat khabar lama. Saya nak pastikan Mighty bersemadi dengan cara paling selesa. Saya korek lubang belakang dapur dalam suasana panas membahang tapi tak terasa. Dengan kudrat yang ada saya nak pastikan Mighty ditanam dengan sempurna. Abang Wang membantu menyempurnakan pengkebumian Mighty dengan penuh rasa sebak di dada. Saya nak Mighty sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga. Selepas kehilangan Milo, Mighty pula yang pergi meninggalkan kami......
      Saya, Iman, Kak Na dan Ibu pasti mengingati Mighty sebagai "teman" paling disayangi.....keletah Mighty sentiasa menghiburkan hati.....Mighty pandai bawa diri..... dari kecil dia tak pernah dikurung dalam sangkar kerana pandai menguruskan diri sendiri.
      Kini Mighty tiada lagi....Milky hilang kawan sejati....kami hilang teman kesayangan...Omey, Opek, Moon dan Star pasti terasa Mighty yang manja dah pergi..... Sesungguhnya Allah meminjamkan Mighty kepada kami supaya kami lebih menghargai antara satu sama lain. Allah menunjukkan kepada kami betapa setiap makhluk yang diciptakanNya mempunyai peranan tersendiri sebagai hambaNya di atas muka bumi ini.
      Terima kasih Ya Allah....meminjamkan Mighty kepada kami.....

                                              ....Mighty...





         Inilah kenangan abadi Mighty tinggalkan untuk kami sekeluarga....Thank you Allah.....Thank you Mighty....

Wednesday, January 30, 2013



......BAIK....

Assalamualaikum...
Bagaimana nak memulakan bicara kali ini yea.....terasa sukar untuk mencari kata-kata yang paling “catchy” walaupun ada idea yang bekelintau dalam kepala dan benak fikiran....Cuma untuk memulakannya agak sukar.....saya percaya orang lain pun mengalami masalah yang sama....  sebab itu tak ramai penulis yang betul-betul aktif kat Malaysia ni.....(hahaha)...pasti ada yang marah saya lepas ini.
                Memiliki perkara BAIK dalam kehidupan adalah cabaran paling sukar untuk diperolehi.....
Berapa ramai antara kita yang mampu memiliki akhlak yang baik, amalan yang baik, kesihatan yang baik, pekerjaan yang baik, keluarga yang baik, anak-anak yang baik, sahabat andai yang baik, pendapatan yang baik, boss yang baik, tempat kerja yang baik, suami yang baik, isteri yang baik, prestasi kerja yang baik? Dan macam-macam perkara BAIK yang kita idamkan sepanjang hidup kita.... saya percaya hanya segelintir yang Berjaya mencapainya..... Baik pada kita barang kali tak baik pada orang lain....baik pada manusia belum pasti baik pada Allah swt.....foouuhhhh memang sukar bukan?
                Baik hadirnya pada hati.....yang disaring oleh akal dan kemudian dilaksanakan oleh deria fizikal dalam bentuk perbuatan yang boleh dirasa dan dilihat......tetapi amat sukar ditafsir.....
Banyak perbuatan baik....tetapi hakikatnya berniat buruk atau jahat kerana janji-janji syaitan pada anak adam.....akan menyesatkan kita sehingga ke nafas terakhir....tanpa mengira tempat dan masa dari pelbagai arah...dari hadapan...dan belakang....dari kiri dan kanan....dari bawah...KECUALI dari ATAS...
                Bila orang lain buat baik pada kita, kita balas dengan kejahatan...... bila orang lain buat baik pada kita kita balas dengan kepura-puraan.....dan bila kita buat baik pada orang kita harapkan balasan....itukan lumrah kehidupan. Ramai yang berkata “aku ikhlas tolong kau ni....” tetapi sebenarnya dia berkata “ini hari kau...esok lusa hari aku pulak..” yang sebenarnya frasa ini bermaksud....”nanti bila aku susah kau kenalah tolong aku pula...” jadi di manakah “ikhlas” yang kita lafazkan sebelum itu? Sukarnya merealisasikan keikhlasan..... bila kita merasakan diri kita ikhlas membantu orang.....pasti ada yang kata “ada udang di sebalik batu”.... bila kita bekerja kuat dan penuh keikhlasan kepada organisasi pasti ada yang kata....”harapkan ganjaran....APC”.... Ya Allah menjadikan kita hampir hilang kesabaran.....
                Begitu juga bila kita menghambakan diri penuh keikhlasan pada persahabatan atau perkahwinan....belum tentu balasannya KESETIAAN walaupun itu adalah balasan yang kita harap dari pasangan. Silap hari bulan kita dapat sepak terajang....kata-kata nista dan paling teruk kita pulak disihir kerana merasakan diri kita adalah halangan untuk dia maju kehadapan. Segala susah senang yang pernah dilalui akan hilang sekelip mata bila fikiran dipengaruhi iblis dan setan..... jika dahulu kita menjadi insan paling berharga dan berguna pada dia.....kita berkorban apa sahaja....kini kita disingkir macam sampah tidak berguna.....pun begitu kita perlu redha....kerana itu harga sebuah keikhlasan.....
                Selepas hampir 20 tahun menjadi pendidik (1992-2012) saya masih sangat teruja untuk meneruskan tugasan harian....mengajar....mendidik dan membimbing anak bangsa. Saya tak pernah jemu.....walaupun kadang kala megeluh dengan karenah anak murid. Tetapi di setiap hujung doa saya....saya selalu mengharapkan mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.....menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa....menjadi umat yang hebat kepada Rasulullah saw....dan menjadi hamba yang taat dan berkualiti kepada Allah swt.....
                Biarpun mungkin saya pernah menyinggung perasaan mana-mana anak murid atau bekas pelajar saya.....maklumlah ketika menjadi guru usia saya baru 22 tahun....muda belia...fikiran masih remaja. Ada di antara anak murid saya ketika itu cuma berbeza umur setahun sahaja dengan saya....banyak masa saya di habiskan di sekolah bersama pelajar....saya cukup gembira dan bahagia.... tetapi tidak pula saya sampai “jatuh cinta” dengan anak murid sendiri seperti drama Seindah Sakura itu....itulah bezanya cikgu dulu dan sekarang.....penuh integrity! Bukan seperti sesetengah guru sekarang....pendidikan sehingga ke university, belajar tentang psikologi...pedagogi, sosiologi, dan macam-macam “logi” yang lain.... tetapi masih boleh diperdaya oleh pelajar berusia 17 tahun untuk dijadikan buah hati......begitu desperado-nya guru hari ini sehingga anak murid sendiri pun nak dijadikan teman hati.....
                Kepada pelajar dan bekas pelajar saya ingin memohon maaf di atas segala my wrong doing towards you all....bukan kerana saya tak suka you all tetapi i care about you all....seluruh tenaga dan masa saya curahkan untuk menjadi guru terbaik kepada diri sendiri dan anak didik saya. Barang kali ada perkataan dan perbuatan saya yang melukai anda semua....saya ingin memohon maaf....jika ada makanan yang telah anda hidangkan kepada saya harap halalkanlah. Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti hati anda mahupun keluarga anda....saya hanya mahu anda menjadi manusia yang BAIK dan berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Anda semua adalah bakal pemimpin masa hadapan.....
                Begitu juga kepada rakan-rakan sekerja....saya sesungguhnya amat berterima kasih kepada kawan-kawan semua. Segala tunjuk ajar dan kerjasama dari kawan semua sangat dihargai.....jika saya pernah menyusahkan.....terkasar bahasa....tersasar perlakuan pada kawan-kawan semua sesungguhnya saya ingin memohon jutaan maaf. Halalkan segala makanan dan minuman saya. Ampunkan segala silap dan salah saya. Sesungguhnya saya hanya insan biasa...penuh dengan kekhilafan. Kepada semua pengetua yang pernah membimbing saya, saya ucapkan ribuan terimakasih....tiada apa yang boleh saya balas....hanya doa saya panjatkan kepada Allah swt semoga segala ilmu yang boss curahkan kepada menjadi air yang mengalir terus ke muara dan memberi manfaat kepada semua. Maafkanlah segala kekurangan saya....prestasi saya mungkin tidak mencapai target boss tetapi saya tetap bangga menjadi pekerja anda semua.....Alhamdulillah.

Thursday, May 24, 2012

HaaaaaH????? Cikgu Nora Dapat Pindah?

Assalamualaikum...wbr....
Selepas berseronok pada 16 Mei.....sekali lagi keseronokan melanda 3 warga SMK Felda Besout.....depa dapat tukaq laaaa.....
Sapa dapat tukaq?.....alaaa...Cikgu Nora laaa....Noraini Mohd Noor....cikgu SPBT tuu.....Ketua Panitia Sejarah....Ustaz Arif dan cikgu Razidah pun dapat pindah juga,,,,semua kelik Kelate belako!
             Berita ni pasti disambut dengan teruja oleh semua warga besout....maklumlah cikgu Nora dah lama berkhidmat di sini.....cuma jodoh setakat ini sahaja...uhuuuuu.....saya tau pasti ada juga gelora di hati beliau....kerana bukan senang nak tinggalkan Besout ni.....jarang sangat yang tak berjujuran air mata....walau sekuat mana pun kita.
            Secara peribadi saya dan Su pasti terasa kehilangan teman "sepe-makan" seperti beliau. Antara sahabat yang tidak pernah menolak setiap kali di ajak ke majlis "makan-makan" di rumah kami.....walau senja dia tetap datang juga sebab ada teman "Suria" yang akan menyinari beliau walaupun hari dah gelap gelita.
             Setelah banyak kali mencuba...dari zaman manual sehinggalah ke zaman on-line...beliau tak pernah miss mengisi borang tukar. Macam-macam doa dah dibaca, menuju ke JPN hingga ke Putrajaya agar permohonan pertukaran diluluskan pihak yang berkuasa....tapi mungkin rezeki beliau belum ada. Taat kala 'kurang' mengharap kali ini pula beliau terkejut dan terpingga-pinga bila mendapat tahu..."tahniah permohonan anda berjaya"
        For sure cikgu Nora sangat gembira....tapi saya percaya beliau juga turut merasa hiba.....so saya nak coretkan sesuatu untuk beliau kenang jika saya dah tak ada,,,dan taatkala beliau merasa sunyi...rindu...tambah boring pula.......masa dok kat kelantan nanti tak tau nak buat apa....


Nora....
Nama itu sebanarnya nama aku
tapi kau yang guna
aku tak marah
malah tumpang glamor dan banggga

Pejam celik pejam celik
dah 11 tahun kau kat sini rupanya
tiap tahun isi borang tukar
dari zaman manual hingga on-line laaaa
tapi kesian....
klik button semak....
kau pasti hampa
teman serumah pun silih berganti
dari Tok Guru
hinggalah ke YB
minta sokongan
sambil mendaftar jadi pengundi
alasan mak sakit
sampailah ke diri sendiri
Bila tak menhgarap barulah
muncul rezeki

aku tak nak kau sedih
aku nak kau gembira
esok hari kahwin pak we kita
aku harap kau tak lupa
kau pergi Langkawi
aku jadi wakil kita dua yaaaa
sampaikan salam
bye-bye kat dia...
kau jangan marah aku bocor rahsia

Nora...
aku nak minta maaf
dari kaki hingga kepala
kadang-kadang bergurau
mengguris jiwa
apa yang terminum dan termakan
kau halalkan ya
kecuali hutang aku yang dua juta
sat lagi aku bereskannya
sebab aku sibuk masak
ayam kesukaan kau laaa

aku seronok bila kau
dapat kelik negeri cik siti
Insya'Allah aku pun nak menyusul nanti
namun begitu
aku tetap terkilan hati 
hingga kini
aku tak dapat naik Garand Lavina
yang kau beli

Bila dah sampai sana
jangan lupa kami di sini
walaupun sekarang kau ketawa
tapi esok kau pasti sunyi
dalam kereta kau pasang lagu
......pergi tak kembali.....
terbayang wajah kami
kau pasti menangis nanti
ehhhh
tak baik tipu
tengok tu....
air mata
kau
pon dah
mengalir kat pipi.....

wassalam....