Sunday, June 28, 2015

10 Ramadhan.....

Assalamualaikum wbr

Cuaca Ramadhan tahun ini sangat mencabar... panas... kering... walaupun baru sepuluh hari menunaikan ibadah yang menjadi kewajipan seluruh umat Islam ini,,, terasa begitu kerdilnya diri ini. Badan menjadi lemah.... kaki terasa kebas... kepala sakit kerana berlawan dengan cuaca yang panas.
Sedaya upaya saya mengurangkan aktiviti di luar rumah..... saya sekeluarga baru sekali menjenguk bazar ramadhan yang saban tahun menjadi lokasi favourite.

Sebagai motivasi diri... pada hari ke sepuluh ramadhan saya bawa anak-anak. adik beradik. anak buah dan yang utama opah dan aki berbuka puasa di sebuah hotel. Saya nak mereka merasai suasana iftar bersama orang lain dalam suasana yang berbeza dengan suasana di rumah. Bukan hidangan di hotel yang menjadi tujuan utama tetapi bagaimana saya hendak menghabiskan kualiti masa bersama mereka lebih penting.

Saya sendiri tidak tahu.... adakah ini ramadhan saya yang terakhir? atau adakah ini ramadhan salah seorang daripada kami yang terakhir...hanya Allah yang maha mengetahui. Saya sedar sejak setahun ini waktu saya bersama keluarga amat terhad. Taat kala anak-anak semakin membesar, waktu kami bersama selalunya not at the same spot. Ketika saya lapang anak-anak pula ada aktiviti lain yang saya tidak boleh bersama mereka... begitu juga ketika mereka lapang dan bercuti saya kadang kala bertugas di luar daerah. Sejak tiga tahun kebelakangan ini cuti pertengahan tahun saya tidak pernah dinikmati sepenuhnya kerana saya terlibat dengan sukan tenis peringkat MSSM yang memerlukan dua pertiga cuti saya dihabiskan di gelanggang. Namun saya amat bersyukur kerana anak-anak tidak meminta masa saya lebih dari yang saya boleh bagi....Alhamdulillah.

Setiap masa saya berazam untuk memperbaiki hubungan sesama ahli keluarga, Biarpun jarang bersama kerana sibuk dengan tugasan masing-masing tetapi sebolehnya kita perlu mencuri sedikit masa dari yang sedikit itu. Saya mahu bila saya sudah tiada nanti... anak-anak merindui saya kerana mereka merasakan saya selalu bersama mereka setiap masa, bukan hanya masa diperlukan sahaja.
Saya mahu anak-anak mengingati saya sebagai mama yang membahagiakan mereka... seperti mana mereka juga membahagiakan saya sebagai mama mereka, Anak-anak adalah harta saya....

saya bahagia jika mereka gembira

mereka menjadi inspirasi dan kekuatan saya

saya akan terus berusaha untuk membahagiakan mereka



No comments:

Post a Comment