Bismilahirahmanirahim..
Alhamdulillah...
Assalamualaikum...
Ramadhan 1436 Hijrah....
Ramadhan 1
Ramdhan datang lagi... seminggu sebelum ramadhan berbagai bentuk ucapan kita terima di watsup, telegram, twitter, instagram... dan pelbagai media sosial yang lain. Dalam Face Book pelbagai resipi di post ke wall kita menggambarkan keperihatinan friends kita... takut kita stuck tak tahu nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. so well said..."Thanks Friendster..."
Ramadhan saya tahun ni amat berbeza....ini ramadhan ke 3 kami berjauhan dengan BESOUT. Tempat yang sangat melekat di hati kami sekeluarga. Sebuah kawasan pendalaman yang sangat indah bagi kami. Sebuah perkampungan peneroka FELDA yang sukar dilupakan kami sekelurga. Ironinya bukan kerana lanskap semualajadinya tetapi kerana lanskap sosialisasinya..... lebih-lebih lagi di bulan puasa. Bukan setakat makanan dan hidangan yang menjadi nostalgia tetapi ibadah...perjuangan... perjalanan hidup.... pengalaman di Besout begitu berharga.
Saya amat bersyukur kerana ketika hidup dalam persimpangan saya dihantar bertugas di Besout yang akhirnya menemukan saya dengan insan-insan terbaik. dikelilingi insan terbaik menjadikan saya sentiasa berazam untuk menjadi sebaik mereka... Alhamdulillah... walaupun saya tidak menjadi terbaik tetapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana menjadikan saya manusia yang lebih baik.
Ramadhan kali ini sangat berbeza..... putera tunggal saya tiada disisi seperti ramadhan2 yang lalu. Ketika melangkah menunaikan terawih pada malam pertama ramadhan....hati saya sebak dan hiba. Inilah kali pertama saya tidak mengejutkan putera kesayangan saya untuk bangun sahur. Saya juga tidak melihat keletah dia semasa bersahur. Mengenangkan dia yang tidak cerewet tentang hidangan... tidak juga minta kepada saya yang bukan-bukan. Iman seorang yang senang diurus... sahurnya dari umur 6 tahun cukup sekadar nasi goreng dan air masak. Iman tidak pernah culas untuk bersahur... dan seingat saya sejak dari tahun pertama dia belajar puasa sehingga ke hari ini Iman tidak pernah minta untuk berbuka awal apatah lagi puasa separuh hari.... Hari ini putera kesayangan saya ini telah melangkah remaja.... perjalanan untuk menjadi insan kamil supaya suatu hari nanti boleh menjaga ibu dan mama, menjarakkan dia daripada saya. Saya tahu tiada yang kurang dengan menu dan ibadahnya di asrama... tetapi hati seorang mama tetap merasa hiba. Itulah lumrah jiwa manusia yang bersifat hambaNya. Saya berdoa semoga Iman saya ini cekal hati dan dapat melawan segala godaan di bulan yang mulia dan barakah ini. Semoga Allah tetapkan hatinya agar sentiasa meningkatkan ibadah kepada Allah swt.
Ramadhan kali ini berbeza... anakanda saya Siti Wardatina telah tamat pengajian... dia sudah memperolehi ijazah yang diidamkan... dan Alhamdulillah anakanda saya yang comel...cantik...rajin dan tak berkira ini telah mendapat pekerjaan. Walau gaji bukan ribu riban tetapi sekurang-kurangnya dia mendapat pengalaman berharga bagaimana susahnya nak "earn money" walaupun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri dan cats kami seramai 18 ekor tu....Mama sentiasa berdoa semoga Kak Na diberkati Allah..
Ramadhan tahun ini memang berbeza.... Anakanda saya Siti Kolijah telah selamat melahirkan bayi pada 11 Mei 2015. Sebulan sebelum puasa... memang dugaan untuk mereka suami isteri... kerana baby Sumayyah lahir pre-mature. Mereka terpaksa mengharungi kehidupan yang sedikit sukar kerana terpaksa berada di hospital dalam tempoh berpantang.... menguruskan kehidupan dan keluarga sendiri merupakan cabaran baharu kepada mereka.
Namun begitu, saya percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tempat kita mengadu, meminta dan berdoa. Seringkali saya berpesan kepada semua anak-anak saya...saya bukan selamanya bersama mereka...suatu hari nanti saya tetap akan pergi juga. Kepercayaan saya juga semakin tinggi bahawa.... rezeki, jodoh dan umur adalah rahsia Allah....
Walaupun berbeza... ramadhan kali ini tetap dijalani dengan rasa rendah diri dan tawadhuk yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Esa. Rasa syukur kerana Allah memberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat bulan yang penuh berkat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment