Thursday, November 18, 2010

Kecilnya Dunia....

Face Book..............menurut kajian dan perangkaan yang dikeluarkan pihak-pihak tertentu rakyat Malaysia antara pelayar face book paling tinggi.........saya sendiri melihatnya dari sudut yang positif...Malaysians are ready to face the technology global era.....sebagai generasi yang lahir sebelum IT maniac saya sangat teruja untuk memajukan diri suapaya tidak jauh ketinggalan di kalangan rakan-rakan sekerja, anak-anak murid dan anak sendiri...sementelah diri mengajar di sekolah Bestari....
Memiliki account face book bagi saya satu kelebihan......digunakan untuk mencari rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan...sementelah lagi berpuluh tahun tidak berjumpa.....pertemuan di face book disusuli dengan aktiviti reunion.....mengembangkan rangkaian perniagaan....mencari calon menantu..(maklumlah...anak masing-masing dah teruna dara), mengimbau kenangan silam....kasih yang dahulu tak kesampaian....masih boleh disambung kembali...jika bukan sebagai teman sehidup semati.....cukup lah sebagai sahabat sejati....
Menemui beberapa rakan lama dalam face book begitu mengujakan......bukan hanya setakat add as afriends, confirm malah disusuli dengan message dan bertukar nombor telefon...berbual dan bertukar-tukar kad perniagaan. Face book memberi kesan positif kepada kehidupan saya secara langsung....post yang disharekan oleh kawan-kawan kadang-kadang mendatangkan kegembiraan, keinsafan, semangat baru dan pandangan ketiga yang begitu bermakna.....
Bersama Face book dunia ini begitu kecil.......rakan yang beribu kilometer seakan berada di depan mata......malah bertambah erat bila ada cerita untuk dikongsi bersama.....Dalam face book tiada sempadan usia...darjat dan rupa...Hapuskanlah segala prasangka yang negatif...jangan mengambil kira hal-hal yang kurang sempurna....yang pasti di face book kita masih boleh berjumpa dan berkongsi cerita dengan rakan.....

Monday, September 6, 2010

HARI RAYA TAHUN INI...

Assalamualaikum....wbr
Malam tadi saya sukar untuk lena....tidak seperti malam-malam sebelumnya....rasa gelisah....dihambat resah yang entah kenapa? puas pusing kanan dan kiri tapi mata tak mahu lena sungguh...sekejap-sekejap saya terjaga....Ya Allah kenapa lah saya gelisah begini....saya bangkit dan pergi ke dapur untuk meneguk air suam...
Kembali ke perbaringan saya masih gelisah....saya renung wajah iman yang tidur dengan tenang....sejenak itu fikiran saya melayang tentang ramadhan yang berbaki lagi 3 hari......
Tahun ini raya saya dan iman begitu berbeza........walaupun masih meraikannya di Taiping tapi suasananya pasti berbeza.....sangat berbeza.......
Tahun ini kami kehilangan dua insan yang tersayang.....arwah bapak Muhamad bin Aduk (feb) dan arwah opah, Fatimah binti Hashim (april). sepanjang ramadhan ketiadaan opah sangat terasa kerana selama 7 tahun saya menghabiskan ramadhan bersamanya.....dialah menjadi penyedia makanan, mentor memasak, perancang menu.......dan paling sukar dilupakan ialah rasa masakan opah yang sangat sedap......setiap kali melihat makanan yang menjadi kebiasaan menu opah saya mesti sebak.....(sambal sotong petai, ayam masak lemak, kari ikan, rendang ayam, ikan terubok bakar........sayur lemak.....)
25 ramadhan......saya ke kubur arwah opah bersama faiz.....puas menahan rasa sebak.....menarik nafas dalam-dalam....ketika membaca yassin pada ayat ke 63 air mata saya terhambur juga.....saya menangis teresak-esak umpama anak kecil yang kehilangan ibu......di atas pusara opah yang masih merah.....setelah 3 bulan pemergian opah inilah kali pertama saya ke kubur beliau.....setiap kali mengenangkan opah jiwa saya sayu....saya menjadi lemah.....saya tidak bermaya. hanya air mata menjadi peneman.....kekuatan saya hilang tiba-tiba....kerinduan saya pada opah tiada bandingannya.....dia umpama ibu saya.....insan yang paling dekat dan sangat memahami saya.... opah tau bila saya marah dan rimas....dia akan membiarkan saya sendirian...tidak pernah meminta tapi sentiasa memberi....
Kebiasaanya...pada hari raya kedua opah akan bertandang ke Taiping untuk berhari raya dengan iman......cucu kesayangan dia......opah tak makan laksa (angin katanya) tapi dia akan jamah sedikit.....dia akan makan nasik dengan lauk yang dia boleh makan (opah sangat menjaga makanannya....dia kuat berpantang) Tahun ini tradisi itu tiada lagi.....pasti saya ternanti-nanti kehadiran opah pada hari raya kedua nanti.........
Walaupun hati saya berat....tapi saya redha....Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya....membaca buku prof Dr Kamil siri Travelog (haji & dakwah) banyak menyedarkan saya tentang kehidupan dan keimanan.....thanks prof kerana menghasilkan buku-buku (saya baru beli duah buah) yang sangat memberi inspirasi kepada saya.....
Tahun ini adik saya Suraya juga mengalami anjakan saujana saya katakan.... dia menjadi tauke kuih raya....sepanjang ramadhan beliau bertungkus lumus membuat biskut raya......biskut makmur....suji kacang....cornflakes madu......tart nenas.....nestum.....ermmmm tahun ini jugak saya tak beli biskut dari Makcik Bibah......haaaaaahaaaaahaaaaa
Anak gadis saya dua orang tu pun stay kat asrama dah tahun ni....seorang di SMK Sungkai.....penat berpindah asrama di bulan puasa katanya...... seorang lagi di Kolej Matrikulasi Perlis......sekali sekala anak gadis saya ini memaklumkan keseronokkannya berbuka puasa dengan ikan siakap 3 rasa bersama kawan-kawannya.....(mewahnya puasa budak-budak sekarang) dulu saya berbuka puasa dengan nasi bungkus je masa di kolej dan universiti.....
Anak bongsu saya yang hensem tu tahun ini dah ada kegilaan lain....no more PS2....no more PSP....dia asyik men game kat ciber cafe depan rumah aki kat kampung! paling tak boleh tahan ialah....RM1 sejam....sehari 4 jam...huuuuuu parah mama dia.....
Ape pun tahun ini raya memang berbeza.......saya meningkat dewasa......anak-anak semakin remaja.....bapak dan opah dah tiada....
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin...

Friday, June 18, 2010

Pakai terompah! pakai terompah!!!! pakai terompah!!!!!

Satu malam.....saya dan family balik dari menziarahi adik yang tinggal di Bukit Beruntung. Oleh kerana hari telah menjelang maghrib saya berhenti di Masjid Slim River untuk menunaikan solat di situ. sebenarnya saya jarang berhenti menunaikan solat disitu kerana lebih selesa menunaikan solat di Masjid Kg Kelan, penduduknya lebih ramah dan respectable saya rasa.
Oleh kerana sudah terlepas Masjid Kg Kelan saya mengambil keputusan untuk singgah di Masjid Slim River. sebaik sampai di kawasan meletakkan kasut (berhampiran tempat wudhuk wanita) saya dan sahabat saya suraya diherdik oleh seorang petugas masjid (saya kira). dengan wajah bengis dan nada yang kasar dia mengarahkan kami "pakai terompah! pakai terompah! pakai terompah!". Saya selamba je tanggalkan selipar dan berkaki ayam ke bilik wudhuk kerana merasakan "keenakan" kaki saya yang dapat "bersantai" seketika kerana terlepas dari cengkaman kasut buat sementara. Dengan nada yang menengking lelaki tadi terus berkata "pakai teropah! pakai terompah! pakai terompah!"......setiap jemaah yang singgah ketika itu semua terkedu dengan kekasaran lelaki tadi menegur setiap jemaah yang ingin menumpang beribadat di situ. Oleh kerana malas nak "spoilt the mood" saya ikutkan sahaja kata-kata lelaki tadi.........suraya merenung saya dengan penuh tanda tanya kenapa saya tak membalas herdikan lelaki tadi, sedangkan pada kebiasaannya saya pasti melenting jika diperlakukan sebegitu.....saya sendiri tak ada jawapannya....mungkin keberkatan berada di masjid menyebabkan kemarahan saya hilang serta merta.....ketika saya hendak memulakan solat....sekali lagi lelaki tadi seakan-akan hilang akal dengan memarahi jemaah kanak-kanak yang berada di luar masjid sambil duduk menunggu waktu isyak.....saya sempat mengintai dari tingkap masjid perlakuan lelaki tadi bukan sahaja meninggikan suara kepada kanak-kanak (saya agak usia anak-anak tersebut dalam 8-12 tahun) tetapi beliau juga menguggut hendak memukul dengan kayu mop. Pada pandangan saya kanak-kanak tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan hanya sekadar berbual dan bermain di luar masjid.....tidak bising dan mengganggu jemaah lain.....
ketika itu perasaan saya terasa sayu....mengenangkan kenapa ramai orang muda (remaja) enggan ke masjid.......saya sendiri membuat kesimpulan....kerana sikap orang masjid yang tidak friendly.....prejudis dengan jemaah kanak-kanak.....sedangkan ketika zaman nabi kanak-kanak digalakkan bermain di persekitaran masjid supaya bila mendengar azan kanak-kanak akan terbuai dengan kemerduan alunan azan.....bila tiba waktu sembahyang kanak-kanak diletakkan di saf belakang supaya mereka dapat meniru "tingkah laku" orang dewasa ketika menunaikan solat.....peniruaan tersebut akhirnya dijadikan amalan......
Peristiwa di masjid Slim River itu amat memberi kesan kepada saya......supaya saya sentiasa berhemah jika hendak memberi teguran kepada pelajar, rakan-rakan dan anak-anak saya....begitu juga dengan orang yang baru dikenali.

Tuesday, June 15, 2010

Mencari Kekuatan....

assalamualaikum....wbr....
setelah sekian lama aku seakan-akan berhenti dari mencoret sesuatu pada blog sendiri....marajuk? tak ada masa? malas? tak ada idea? entahlaaaaa......tapi sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsi bersama tapi nak memulakannya terasa 'slow'.......may be kronologinya bermula begini la kot.....
21 April 2010
setelah genap seminggu opah terlantar di Hospital Slim River dan kelmarin opah telah menunjukkan 'no respons' terhadap sistem sokongan aku berbincang dengan anak-anak opah and the rest of the family tentang keputusan yang paling penting untuk dilaksanakan.....with my "brave heart" i meet doctor Noel.....and need his consultation and personal view sebagai pengamal perubatan profesional......selepas perbincangan selama lebih kurang 30 minit dengan doktor Noel di casualty room. I'll keep all the conversation as confidential........saya naik semula ke WAD 9 dan menyatakan kesediaan untuk membawa opah "keluar" dari hospital........sangat berat tapi saya fikir inilah yang terbaik untuk orang yang pernah "berkihdmat" kepada saya dan keluarga saya sepenuh hatinya......
selepas semua dokumen discharge disiapkan, ambulance telah bersiap sedia untuk membawa opah ke kediaman beliau di 2272 Felda Besout 2, Sungkai Perak......Ketika itu saya membisikan "opah......mama bawa opah balik rumah yea......" walaupun tidak boleh memeberi respon fizikal tapi air mata sebelah kiri opah mengalir.....saat itu saya tahu apa yang saya buat adalah yang terbaik untuk dia.......saya menemankan opah yang telah "nazak" dalam ambulance.....dan beribu kali saya berdoa kepada Allah semoga opah sempat sampai ke rumah.....Alhamdulillah....Allah makbulkan doa saya.....tepat pukul 8.15 minit malam......ambulance sampai di perkarangan rumah......last preparation for opah has been done........sebagai prosedur perubatan biasa.....support system telah dihentikan.....dan opah "bertarung" dengan kekuatan sendiri.......Allahualam.....Oleh kerana saya "mabuk" ambulance maka saya terpaksa meninggalkan opah kepada semua family dia untuk urusan saterusnya. Saya pergi ke rumah Ina untuk bersama Iman, Ibu dan yang lain.....menunaikan solat dan berdoa untuk opah.....Tepat jam 10.00 malam adek telefon....jantung saya berdebar kencang mendengar suara adek dihujung talian.....penuh esakan.....sayu.......pilu......dalam kelemasan....menyatakan "mama, opah dah tak ada.....". Inalillahinallahirojiun.....pergilah sudah insan paling berjasa dalam hidup kami semua........andai begitu takdirnya.....saya redha......Allah lebih mengasihinya......saya peluk iman........pandang wajah ibu dan ina.......dengan nada tersekat-sekat saya berkata "opah dah tak ada........"
Terima Kasih Allah kerana telah meminjamkan kami dua insan paling istimewa:1. Arwah Jamaluddin bin Zainal yang telah meninggal pada 30 Mac 2007
2. Arwah Fatimah binti Hashim yang telah menghempuskan nafas terakhir pada 21 April 2010
Semoga Allah sentiasa menempatkan keduanya bersama dengan orang yang beriman dan dipermudahkan segala perjalanan.....amin....

arwah opah ketika menghantar kami balik ke Sandakan 2008

arwah wan bersama iman dan daniel di hospital slim

Tuesday, March 16, 2010

Semalam di Hospital Ipoh (Hospital Permaisuri Bainun)

her problem is......we diagnosis....liquid inside her head....semakin banyak that's why we need to perform a surgery....and bla...bla....bla....pendengaran aku semakin kabur mendengar explaination dari DR FARAH...di wad 6B tentang masalah kesihatan opah yang semakin meruncing....sukar untuk digambarkan penderitaan yang opah tanggung dalam masa 2 bulan ni....keluar masuk hospital, melalui pelbagai 'test', x-ray and scan. Akhirnya doktor confirm ada cecair yang menghimpit otak opah sehingga menyebabkan dia berasa sakit kepala yang teramat sangat. So, tepat jam 10.45 am, 16 Mac 2010 opah sekali lagi menempuh saat cemas di bilik bedah. Jika dulu, 30 Mei 2007 opah dibedah untuk membuang payu dara sebelah kanan kerana kanser....and alhamdulillah she make it....kali ini opah sangat lemah, tidak bermaya dan hilang semangat untuk melaluinya sekali lagi. Namun selepas dipujuk berkali-kali opah mengalah juga....dan sebagai balasannya aku menemani opah sepanjang operation berlangsung selama hampir 4 jam....Malam itu juga aku bermalam di hospital untuk menjaga opah.....
Mengelap badan, memandikan, menukar pakaian, mengelap muntah dan menukar lampin pakai buang.......membuatkan aku insaf...sangat-sangat redha dengan perjalanan hidup ini... Menguruskan opah walaupun hanya sekejap amat menyentap hatiku....setiap kali aku mengusap kepalanya yang yang masih berplaster menyebabkan air mata ku menitik..... Begitu pantas masa berlalu.....Bagai semalam opah mendodoi dan membuai anakku Iman Iskandar yang dia perlihara dan jaga sejak Iman berusia 21 hari...menyalin lampin, membancuh susu, menyuapkan makanan dan yang paling sukar untuk dilupakan opah sanggup berhujan berpanas untuk menghantar dan menjemput Iman balik dari sekolah.......perkara yang aku sendiri sukar lakukan.....Dengan opah Iman sangat dimanjakan.....permintaan Iman jarang diabaikan.....kehendak Iman sentiasa ditunaikan....hatta sehingga kini makan Iman masih bersuap jika dengan opah.....Hanya Allah yang dapat membalasnya. Kini setelah hampir 2 bulan opah terlantar.....aku ingin membalas segala jasa opah....walaupun aku tahu ia hanya bagaikan sebutir pasir di pantai yang luas.....menguruskan opah walaupun hanya sehari semalam aku merasa puas.....peluang ini mungkin tak akan aku perolehi lagi....mujurlah masa ni cuti sekolah....Inilah masa untuk aku membalas segala jasa orang yang pernah berbakti bukan sahaja kepada anakku tetapi kepada aku juga....yang memasak makanan kegemaranku walaupun tanpa diminta....menyediakan minuman kegemaran tanpa dibayar apa-apa......Setiap kali bulan puasa...opah akan menyediakan juadah untuk berbuka......kadang-kadang ringkas tetapi memenuhi selera......sesak terasa hatiku.....apakah aku berkesempatan untuk menikmatinya lagi tahun ini atau tahun-tahun akan datang bersama opah......Dalam solat ku berdoa semoga Allah memberikan aku kesempatan untuk membalas budi dan jasa opah....Semoga Allah memberi kesempatan opah menikmati hidup ini dengan lebih sempurna.....namun begitu aku redha andai itu takdirNya kerana sudah pasti Allah telah menetapkan jalan yang terbaik untuk setiap hambanya.........

Wednesday, March 10, 2010

TAHNIAH....kepada semua

seronok sebab tak tengok result lagi....pas tuuuuu....uhukkkk
apa yang serius sangat ni....? muka tak puas hati...
anakanda mama....tahniah ina, dapat gak bergambar dengan pengetua....mama pon tak dapat
tahniah Faizah.....hidup KRS!
pelajar cemerlang bersama pengetua
Tahniah....!!!!! senyum gembira....cikgu Fid takut nak senyum tahun depan dia kena 'terima' result SPM....dia setiausaha SPM tahun ni
TAHNIAH! selepas berhempas pulas.....sepanjang tahun lepas...dan menahan gelodak jiwa semenjak minggu lepas....akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu datang jua. Ada yang berderai airmata...suka?bangga?seronok? atau....kecewa? tak kurang juga yang hadir dengan muka selamba bagai tak ada apa-apa. Guru-guru tersenyum bangga.....subjek mereka maintain 100%, ada juga yang menepuk dahi, mengurut dada.....sesak nafas...memikirkan apa nak jawab pada pengetua bila ditanya semasa post mortem nanti.....Apa pun untuk my beloved daugther...Siti Wardatina....you make me proud of you....mama tak kecewa walaupun harapan mama lebih tinggi dari itu....Tahniah untuk Nor Asyikin Basran yang memperolehi 7A dan sekali lagi dinobatkan sebagai pelajar terbaik. Selain itu tahniah juga kepada Muhammad Alif Firdaus, Nurol Hasanah, Nor Faezah, Mohd Redzuan, Nor Hafizah , Nur Fauziah dan semua anak murid saya yang lain....untuk mencatat kesemua nama anda dalam blog ini mungkin mengambil ruang yang lebih panjang....tetapi anda semua ada di ruangan hati cikgu. Cikgu bangga dengan pencapaian anda semua....dan berdoa semoga anda menjadi insan yang berguna kepada agama, negara dan bangsa. Kejayaan seseorang bukanlah hanya diukur dengan pencapaian akademiknya sahaja......tetapi kejayaannya untuk menjadi insan yang mampu mempertahankan maruah, jati diri, aqidah dan seterusnya menyumbang kepada kesenangan dan kemuliaan sendiri dan keluarga.....

Friday, March 5, 2010

LDP 1......segalanya ICT....Bestari....

Ustaz Sobri tengah khusyuk menghasilkan power point
ni bina bahan ke bina 'badan'...Guru Kanan Teknik Vokasional tengah kusyuk....
Blurrrrr......tak leh insert movieeee....

Selaras dengan tuntutan BESTARI yang kian......mengembang....kan sayapnya...Guru-guru perlu 'berlari pantas' untuk seiring dengan perubahan tuntutan pendidikan masa kini. bukan setakat mengajar mengunakan white board dan kata-kata (chalk & talk). sehubungan dengan itu guru-guru telah dikerah....untuk menghasilkan bahan P&P mengikut subjek masing-masing....ramai gak la yang pening......tapi....cabaran ini tetap disambut dengan ikhlas dan determination.....Agi Idup Agi Ngelaban.....walaupun terpaksa memikul beban....

Ajar Guna Smart Board....Bestarinya....

Cikgu Mahathir menunjukkan cara menggunakan Smart Board
pelajar mencuba menggunakan tool Smart Board
cikgu Mahathir dan Smart Board...nya
sebagai sebuah sekolah Bestari luar bandar yang baru memenangi anugerah Infrastruktur Terbaik baru-baru ini SMK Felda Besout ingin berkongsi kemahiran menggunakan peralatan mengajar yang lebih advance dan terkini dengan semua warga pendidik....Smart Board. Memberi ruang kepada guru untuk explore tool yang dibekalkan dengan lebih mendalam....pelajar-pelajar lebih berminat untuk mencuba.....pengajaran lebih berkesan.....minat dapat ditingkatkan.....

nanti iman nak susun piala banyak-banyak.....

Tahun ni pertama kali iman dibenarkan bergiat aktif dalam sukan....(sejak usia 10 bulan iman mandapat serangan athma yang kronik)...so, it's very hard for me to let him involve in sports...(mother nature)...bila doktor beri kebenaran iman boleh bersukan secara ansur maju....i let him go...and as a result...he is very happy. Untuk pertama kalinya...he grab his own trophy...yahooooo! and what he said...."tahun depan iman nak letak piala iman kat atas meja ni....banyakkkkkk....." an as a mother i smile proudly.......yes! this is my son.....Terima Kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang bersemangat dan berwawasan......

Monday, February 15, 2010

EMAK PASTI SUNYI....

mak jangan sedih yea...

inilah kali terakhir mak mengiringi perjalanan bapak....
inilah kali terakhir mak menatap wajah bapak...
inilah kali terakhir mak menguruskan keperluan bapak...
inilah kali terakhir mak menemani bapak.....
dan inilah perpisahan pertama mak dengan bapak....
pasti sukar untuk mak...meneruskan kehidupan seharian tanpa bapak...walaupun 3 bulan terakhir ini mak telah bersedia tetapi sampai waktunya mak tewas juga....
pasti mak akan merasa sunyi....tinggal di rumah seorang diri....pasti juga mak terasa hilang kerana tidak lagi menguruskan orang tersayang...mak akan rasa sepi kerana tiada lagi suara bapak berkumandang bertanya perihal anak dan cucu yang datang...pilu dan sayu hati mak tinggal seorang.....apalah daya aku sebagai anak hanya boleh memandang.....tidak dapat menggantikan tempat bapak yang cemerlang....Mak, hanya sabar sahaja yang boleh menjadi tunjang kerana mak telah berjaya menjadi isteri yang baik dan sempurna bagi bapak.....janji mak untuk menjaga bapak sehingga akhir hayat telah tertunai....dan semoga Allah menyempurnakan setiap doa mak....memberi pahala yang setimpal ke atas usaha mak selama ini....amin.

AGY 79

"mama nanti mama gantikan huruf G ni tau...."
aik! apa lagi yang terjadi kali ini....mengundang rasa 'panas' sekali lagi...
kena timpa payung....
kena batu....
kena langgar mak saudara
dan kali ni....
patah plat number kena langgar masa reverse....
hai....macam-macam jadi kat AGY 79 ni....
adik kata dah nak jadi dok kat mana pun kena juga....Iskhhhh mana boleh cakap macam tu....perkara yang boleh dielakkan kita kenalah berusaha untuk mengelak...bukan hanya membiarkannya sahaja....Dah la cuti tahun baru cina ni...mana nak cari kedai/bengkel yang buka? tapi hidup mesti saling menyokong....selagi bukan perkara yang melibatkan maksiat, derhaka kepada ibu bapa dan mensyirikkan Allah, sebagai family kita mesti sentiasa memberi sokongan taat kala diperlukan.....sebab itulah...tak kira panas terik, hujan lebat atau ribut petir aku pergi to find any solution to fix u AGY 79....

SINGKATNYA PERJALANAN....

kenangan terakhir bersama bapak

'tadi mak mama kol.....'
hatiku berdetak....nape mak kol petang2 camni? lantas aku dail semula no mak...
dihujung talian aku dengar suara mak tenang......
'ayeen jangan terkejut ya nak....bapak dah tak ada....' saat itu aku rasa kaki ku seperti tiada tenaga untuk berdiri....tanpa ku sedari...(luar kawalan..i guess) aku menangis teresak-esak....setelah sekian lama rasanya perasaan begini tidak muncul....penuh emosi...sayu...dan kata-kata mak semakin jauh dari pendengaranku.....tapi bayangan bapak pula yang muncul...bagai baru semalam aku bersalam dengannya.....dan bagai baru semalam juga dia menasihatiku seperti kebiasaannya...."yeen....jangan dimarah ya si iman tu...., anak-anak jangan di kasari, jangan gunakan perkataan tak baik kalau marah anak-anak..." pesanan bapak yang kekal disanubariku....walaupun aku bukan darah dagingnya, bapak tak pernah membezakan aku dengan anak-anaknya yang lain malah iman kekal sebagai cucu kesayangan bapak walaupun kami jarang berjumpa lantaran jarak ribuan batu.....

Tiada apa yang dapat aku bagi pada bapak.....malah aku rasa keberhutangan yang banyak kepada bapak.....tidak dapat menatap wajah bapak untuk kali terakhir menyebabkan aku rasa sangat bersalah.....namun aku redha andai itulah yang telah tertulis.....Dari Allah kita datang...kepadaNya jualah kita pergi....semoga bapak ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan mendapat keampunan Allah swt...
selepas ini setiap kali balik bercuti ke kampung...aku tak lagi dapat melihat kelibat bapa duduk di muka pintu.....tak lagi mendengar pertanyaan bapak "yeen dah makan?" yang ada hanyalah kenangan bersama bapak......alangkah singkatnya perjalanan hidup ini....

Thursday, February 11, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-25

yahoooo!!!!

banyakkkk pingat
lapo yeaa udoh belaghi...sazoh...
lajunyaaaaa....
pelajar pendidikan khas
malu yang cg2 muda kalah dengan cg Azizan....Hidup Veteran!!!!!
ke garisan......sedia....
cg Suraya kaki panjang...sebab tu la dia menang....
pasukan silat membuat pertunjukan...sir..sir..sir..RAM..
Pasukan KRS yang menjadi johan Kawad Lintas Hormat...TAHNIAH

En Mohd Nopiah bin Abdul Majid diringi oleh puan Pengetua memeriksa barisan

Temasya sukan datang lagi....
setelah 3 minggu bertungkus lumus membuat persiapan akhirnya sampai gak ke 'Final'....
barmacam-macam acara dirancang untuk menjadikan sukan tahun ini semeriah yang mungkin...selain dari para pelajar mempamerkan kehandalan mereka berlari mewakili rumah masing-masing guru-guru gak tak mau kalah nak tunjuk 'handai' kata orang utara.....biaq putih tapak kasut jangan putih mata medal yang cantik tu mesti nak bawak balik gantung kat almari nanti nak tunjuk kat anak isteri @ suami, nak habaq mai 'abah @ ibu/umi/mama ni masih kuat lagi.... lau panjang umur dapat gak nanti tayang kat cucu.....
Tahun ni Rajawali menjadi johan.....selamat tinggal Jentayu, Garuda dan Cenderawasih..... Pasukan beruniform KRS juara lagi menewaskan PBSM.....dengan bergaya....Soriiiii k tahun ni kami menang!!! Kepada semua guru & staff yang telah bertungkus lumus syabas dan tahniah yea....tahun depan kita kerja keras lagi...Insya'Allah.

Wednesday, February 10, 2010

Happy Birthday

Assalamualaikum.....
Better late than never.....itulah kata-kata oghang puteh yang selalu diguna pakai bila kita "terlewat" melakukan sesuatu.....sebab tu gak la saya nak gune istilah 'keramat' yang belum tentu 'selamat' ini untuk mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY" kepada ex-student saya ni yang sekarang dah taraf "geng" dengan saya walaupun dia masih panggil saya "mama"....selamat Hari Jadi NUR' ADLI AZHARI.....dah besar yea Li...walaupun tak berapa tinggi.....
With you i got so many memories.....sad, bad n sweet......haru biru pun ada. Tapi mama harap Li membesar (growing) dengan pengalaman tu dijadikan panduan. Experience is the best lessons....memasuki usia "dewasa" akan menyebabkan kita hilang panduan kecuali akal dan fikiran kita sendiri. Tiada lagi yang berpesan tentang betul atau salah, jarang ibu bapa menggunakan perkataan jangan untuk menegah. Kebanyakkannya kita guna kebijaksanaan sendiri untuk menentukan right or wrong.....pandai-pandai la jaga diri.....
Anak lelaki saya Iman Iskandar juga menyambut birthdaynya bulan ni....18 Februari....pejam celik dah 8 tahun pengarang jantung mama ni....semoga iman menjadi lebih sihat, matang, berdikari dan penuh kasih sayang.....
Anak perempuan saya, Siti wardatina pun bakal menyambut birthdaynya 26 Februari.....dah semakin masam yea Ina, no more sweet 17......semoga Ina semakin berjaya dan bergaya....tapi jangan lupa hala tuju kita dihidupkan oleh Allah di atas muka bumi ini.....laksanakan setiap tanggungjawab dengan ikhlas Insya'Allah kita akan menuai hasilnya kemudian hari....terima kasih kerana banyak membantu mama dan ibu selama ini....

Thursday, February 4, 2010

1 MALAYSIA

Assalamualaikum....
semalam, 4 Februari 2010
Ayeen pergi ke hospital Slim River kerana menghantar opah iman sakit...almost 2 weeks headache opah tak lega, dah 4 kali ke klinik dan pusat kesihatan tapi sakit opah tak ada perubahan. memenuhi tanggungjawab sebagai insan biasa, ayeen mengadap 'boss' untuk minta kebenaran untuk menghantar opah ke hospital memandangkan keadaan opah semakin teruk. Atas dasar 'BUDI BICARA' bos yang tinggi itu maka ayeen pun dapat la menghantar opah ke HSR. Terima Kasih Puan Pengetua Hjh Siti Mariam......
Semasa di emergency wad HSR (terima kasih kepada semua petugas HSR kerana ayeen tak perlu menunggu lama, only 3 minutes to be entertain) ayeen ternampak seorang wanita india dalam lingkungan usia 30an menemani seorang pesakit wanita cina separuh abad ayeen jangkakan usianya. Dari katil opah, ayeen hanya memandang gelagat wanita india tersebut 'melayan' karenah wanita cina tadi dengan penuh rasa tanggungjawab. Dalam hati saya berbisik, baiknya hati menantu dia ni.....
Selepas opah mendapat pemeriksaan dan rawatan ayeen keluar ke kawasan menunggu di HSR. Semasa bangun hendak ke kafeteria HSR (lapar....dari pagi tak sarapan)...ayeen terserempak dengan wanita india tersebut. Ingin tahu menyebabkan ayeen menyapa wanita tersebut dengan ramah. bagi yang biasa menjaga ahli keluarga di hospital, sifat peramah amat membantu....
u jaga mother in law u ke u?
bukan. Dia nanny...
oooo....dia sakit apa?
dia kanser.....sudah operate setahun lalu, sekarang masih sakit. dia saya punya jiran. kawin anak takda, dia punya laki sudah meninggal, tinggal dia sorang-sorang....

Mendengar penjelasan tersebut, jantung ayeen bagai terhenti seketika....ayeen terus berhenti melangkah dan terus memandang tepat ke wajah wanita india tersebut.... hanya kata-kata ini yang terpancul dari mulut saya...
baiknya hati u....
saya kesian tengok dia takda sapa-sapa mau tolong...
semoga tuhan balas jasa baik u, nama u sapa?
Kalailetchumy
saya nak tulis tentang u dalam blog i bleh ke?
dia senyum dan angguk, yeen pun tak pasti dia tahu ke tak apa yang yeen maksudkan dengan menulis blog. Begitu tingginya nilai kemanusiaan yang terdapat pada rakyat Malaysia.....yeen percaya misi PM akan tercapai. Lupakan segala perbezaan tapi carilah persamaan....
Yeen menarik nafas lega tetapi sarat dengan rasa terharu.....begitu tebalnya nilai kemanusiaan yang ada pada Pn Kalailetchumy untuk membantu seorang jiran yang dalam kesuasahan....."budi bicara" bukanlah perkara yang perlu dipohon tetapi perlu diberi dengan ikhlas.....
ketika di kafeteria HSR yeen termenung panjang.....dalam kepala masih ligat berputar bayangan perlakuan Pn Kalailetchumy melayan penuh ikhlas jirannya yang sakit....biarpun bukan sebangsa dan seagama......rasa hiba semakin menjalar dalam jiwa yeen terbayang wajah opah yang semakin samar-samar.....kerutan dahi menahan kesakitan.....walaupun opah bukan darah daging yeen tetapi dia telah banyak berkorban untuk menjaga dan membesarkan Iman. Tiada kata-kata yang dapat mengggambarkan betapa tingginya nilai "HUTANG BUDI" kami anak-beranak pada Opah.....Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga bila Iman telah dewasa kelak, dia tak perlulah memikirkan Prosedur @ Budi Bicara untuk membantu orang lain tetapi lahir dari hati yang ikhlas dan rasa kemanusiaan yang tinggi......yeen selalu berpesan pada anak-anak supaya bila kita berada di atas....kita jangan lupakan orang yang di bawah....

KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK......

Pengetua, Pn Hjh Siti Mariam
bergambar dengan pelajar-pelajar cemerlang PMR 2009

TAHNIAH....!!!!!
itulah kata-kata ucapan yang paling sinonim dengan kejayaan setiap insan tanpa mengira apa jua bahasanya.....Conguratulation kata orang putih! pelajar-pelajar ini telah melakar sejarah tersendiri secara peribadi kerana berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. tentulah ayah dan ibu tersenyum bangga.....guru-guru juga tumpang gembira melihat anak didik berjaya....
Bukan untuk meminta pengiktirafan kerana segala ilimu dan keringat yang dicurahkan adalah tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik yang semakin dipinggirkan....tetapi sekadar ucapan terima kasih pun amat memadai dan melegakan, sebagai tanda anak murid yang dididik tidak lupa daratan...semoga pelajar-pelajar ini akan terus berjaya dan mengingati siapalah mereka satu hari nanti andai tiada guru yang mengajar menulis, membaca dan mengira....