Friday, June 18, 2010

Pakai terompah! pakai terompah!!!! pakai terompah!!!!!

Satu malam.....saya dan family balik dari menziarahi adik yang tinggal di Bukit Beruntung. Oleh kerana hari telah menjelang maghrib saya berhenti di Masjid Slim River untuk menunaikan solat di situ. sebenarnya saya jarang berhenti menunaikan solat disitu kerana lebih selesa menunaikan solat di Masjid Kg Kelan, penduduknya lebih ramah dan respectable saya rasa.
Oleh kerana sudah terlepas Masjid Kg Kelan saya mengambil keputusan untuk singgah di Masjid Slim River. sebaik sampai di kawasan meletakkan kasut (berhampiran tempat wudhuk wanita) saya dan sahabat saya suraya diherdik oleh seorang petugas masjid (saya kira). dengan wajah bengis dan nada yang kasar dia mengarahkan kami "pakai terompah! pakai terompah! pakai terompah!". Saya selamba je tanggalkan selipar dan berkaki ayam ke bilik wudhuk kerana merasakan "keenakan" kaki saya yang dapat "bersantai" seketika kerana terlepas dari cengkaman kasut buat sementara. Dengan nada yang menengking lelaki tadi terus berkata "pakai teropah! pakai terompah! pakai terompah!"......setiap jemaah yang singgah ketika itu semua terkedu dengan kekasaran lelaki tadi menegur setiap jemaah yang ingin menumpang beribadat di situ. Oleh kerana malas nak "spoilt the mood" saya ikutkan sahaja kata-kata lelaki tadi.........suraya merenung saya dengan penuh tanda tanya kenapa saya tak membalas herdikan lelaki tadi, sedangkan pada kebiasaannya saya pasti melenting jika diperlakukan sebegitu.....saya sendiri tak ada jawapannya....mungkin keberkatan berada di masjid menyebabkan kemarahan saya hilang serta merta.....ketika saya hendak memulakan solat....sekali lagi lelaki tadi seakan-akan hilang akal dengan memarahi jemaah kanak-kanak yang berada di luar masjid sambil duduk menunggu waktu isyak.....saya sempat mengintai dari tingkap masjid perlakuan lelaki tadi bukan sahaja meninggikan suara kepada kanak-kanak (saya agak usia anak-anak tersebut dalam 8-12 tahun) tetapi beliau juga menguggut hendak memukul dengan kayu mop. Pada pandangan saya kanak-kanak tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan hanya sekadar berbual dan bermain di luar masjid.....tidak bising dan mengganggu jemaah lain.....
ketika itu perasaan saya terasa sayu....mengenangkan kenapa ramai orang muda (remaja) enggan ke masjid.......saya sendiri membuat kesimpulan....kerana sikap orang masjid yang tidak friendly.....prejudis dengan jemaah kanak-kanak.....sedangkan ketika zaman nabi kanak-kanak digalakkan bermain di persekitaran masjid supaya bila mendengar azan kanak-kanak akan terbuai dengan kemerduan alunan azan.....bila tiba waktu sembahyang kanak-kanak diletakkan di saf belakang supaya mereka dapat meniru "tingkah laku" orang dewasa ketika menunaikan solat.....peniruaan tersebut akhirnya dijadikan amalan......
Peristiwa di masjid Slim River itu amat memberi kesan kepada saya......supaya saya sentiasa berhemah jika hendak memberi teguran kepada pelajar, rakan-rakan dan anak-anak saya....begitu juga dengan orang yang baru dikenali.

No comments:

Post a Comment