assalamualaikum....wbr....
setelah sekian lama aku seakan-akan berhenti dari mencoret sesuatu pada blog sendiri....marajuk? tak ada masa? malas? tak ada idea? entahlaaaaa......tapi sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsi bersama tapi nak memulakannya terasa 'slow'.......may be kronologinya bermula begini la kot.....
21 April 2010
setelah genap seminggu opah terlantar di Hospital Slim River dan kelmarin opah telah menunjukkan 'no respons' terhadap sistem sokongan aku berbincang dengan anak-anak opah and the rest of the family tentang keputusan yang paling penting untuk dilaksanakan.....with my "brave heart" i meet doctor Noel.....and need his consultation and personal view sebagai pengamal perubatan profesional......selepas perbincangan selama lebih kurang 30 minit dengan doktor Noel di casualty room. I'll keep all the conversation as confidential........saya naik semula ke WAD 9 dan menyatakan kesediaan untuk membawa opah "keluar" dari hospital........sangat berat tapi saya fikir inilah yang terbaik untuk orang yang pernah "berkihdmat" kepada saya dan keluarga saya sepenuh hatinya......
selepas semua dokumen discharge disiapkan, ambulance telah bersiap sedia untuk membawa opah ke kediaman beliau di 2272 Felda Besout 2, Sungkai Perak......Ketika itu saya membisikan "opah......mama bawa opah balik rumah yea......" walaupun tidak boleh memeberi respon fizikal tapi air mata sebelah kiri opah mengalir.....saat itu saya tahu apa yang saya buat adalah yang terbaik untuk dia.......saya menemankan opah yang telah "nazak" dalam ambulance.....dan beribu kali saya berdoa kepada Allah semoga opah sempat sampai ke rumah.....Alhamdulillah....Allah makbulkan doa saya.....tepat pukul 8.15 minit malam......ambulance sampai di perkarangan rumah......last preparation for opah has been done........sebagai prosedur perubatan biasa.....support system telah dihentikan.....dan opah "bertarung" dengan kekuatan sendiri.......Allahualam.....Oleh kerana saya "mabuk" ambulance maka saya terpaksa meninggalkan opah kepada semua family dia untuk urusan saterusnya. Saya pergi ke rumah Ina untuk bersama Iman, Ibu dan yang lain.....menunaikan solat dan berdoa untuk opah.....Tepat jam 10.00 malam adek telefon....jantung saya berdebar kencang mendengar suara adek dihujung talian.....penuh esakan.....sayu.......pilu......dalam kelemasan....menyatakan "mama, opah dah tak ada.....". Inalillahinallahirojiun.....pergilah sudah insan paling berjasa dalam hidup kami semua........andai begitu takdirnya.....saya redha......Allah lebih mengasihinya......saya peluk iman........pandang wajah ibu dan ina.......dengan nada tersekat-sekat saya berkata "opah dah tak ada........"
Terima Kasih Allah kerana telah meminjamkan kami dua insan paling istimewa:1. Arwah Jamaluddin bin Zainal yang telah meninggal pada 30 Mac 2007
2. Arwah Fatimah binti Hashim yang telah menghempuskan nafas terakhir pada 21 April 2010
Semoga Allah sentiasa menempatkan keduanya bersama dengan orang yang beriman dan dipermudahkan segala perjalanan.....amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment