Tuesday, March 16, 2010

Semalam di Hospital Ipoh (Hospital Permaisuri Bainun)

her problem is......we diagnosis....liquid inside her head....semakin banyak that's why we need to perform a surgery....and bla...bla....bla....pendengaran aku semakin kabur mendengar explaination dari DR FARAH...di wad 6B tentang masalah kesihatan opah yang semakin meruncing....sukar untuk digambarkan penderitaan yang opah tanggung dalam masa 2 bulan ni....keluar masuk hospital, melalui pelbagai 'test', x-ray and scan. Akhirnya doktor confirm ada cecair yang menghimpit otak opah sehingga menyebabkan dia berasa sakit kepala yang teramat sangat. So, tepat jam 10.45 am, 16 Mac 2010 opah sekali lagi menempuh saat cemas di bilik bedah. Jika dulu, 30 Mei 2007 opah dibedah untuk membuang payu dara sebelah kanan kerana kanser....and alhamdulillah she make it....kali ini opah sangat lemah, tidak bermaya dan hilang semangat untuk melaluinya sekali lagi. Namun selepas dipujuk berkali-kali opah mengalah juga....dan sebagai balasannya aku menemani opah sepanjang operation berlangsung selama hampir 4 jam....Malam itu juga aku bermalam di hospital untuk menjaga opah.....
Mengelap badan, memandikan, menukar pakaian, mengelap muntah dan menukar lampin pakai buang.......membuatkan aku insaf...sangat-sangat redha dengan perjalanan hidup ini... Menguruskan opah walaupun hanya sekejap amat menyentap hatiku....setiap kali aku mengusap kepalanya yang yang masih berplaster menyebabkan air mata ku menitik..... Begitu pantas masa berlalu.....Bagai semalam opah mendodoi dan membuai anakku Iman Iskandar yang dia perlihara dan jaga sejak Iman berusia 21 hari...menyalin lampin, membancuh susu, menyuapkan makanan dan yang paling sukar untuk dilupakan opah sanggup berhujan berpanas untuk menghantar dan menjemput Iman balik dari sekolah.......perkara yang aku sendiri sukar lakukan.....Dengan opah Iman sangat dimanjakan.....permintaan Iman jarang diabaikan.....kehendak Iman sentiasa ditunaikan....hatta sehingga kini makan Iman masih bersuap jika dengan opah.....Hanya Allah yang dapat membalasnya. Kini setelah hampir 2 bulan opah terlantar.....aku ingin membalas segala jasa opah....walaupun aku tahu ia hanya bagaikan sebutir pasir di pantai yang luas.....menguruskan opah walaupun hanya sehari semalam aku merasa puas.....peluang ini mungkin tak akan aku perolehi lagi....mujurlah masa ni cuti sekolah....Inilah masa untuk aku membalas segala jasa orang yang pernah berbakti bukan sahaja kepada anakku tetapi kepada aku juga....yang memasak makanan kegemaranku walaupun tanpa diminta....menyediakan minuman kegemaran tanpa dibayar apa-apa......Setiap kali bulan puasa...opah akan menyediakan juadah untuk berbuka......kadang-kadang ringkas tetapi memenuhi selera......sesak terasa hatiku.....apakah aku berkesempatan untuk menikmatinya lagi tahun ini atau tahun-tahun akan datang bersama opah......Dalam solat ku berdoa semoga Allah memberikan aku kesempatan untuk membalas budi dan jasa opah....Semoga Allah memberi kesempatan opah menikmati hidup ini dengan lebih sempurna.....namun begitu aku redha andai itu takdirNya kerana sudah pasti Allah telah menetapkan jalan yang terbaik untuk setiap hambanya.........

1 comment:

  1. mama...menitik air mata li..moga semuanya kembali seperti sedia kala..amin,,..

    ReplyDelete