Sunday, June 28, 2015

10 Ramadhan.....

Assalamualaikum wbr

Cuaca Ramadhan tahun ini sangat mencabar... panas... kering... walaupun baru sepuluh hari menunaikan ibadah yang menjadi kewajipan seluruh umat Islam ini,,, terasa begitu kerdilnya diri ini. Badan menjadi lemah.... kaki terasa kebas... kepala sakit kerana berlawan dengan cuaca yang panas.
Sedaya upaya saya mengurangkan aktiviti di luar rumah..... saya sekeluarga baru sekali menjenguk bazar ramadhan yang saban tahun menjadi lokasi favourite.

Sebagai motivasi diri... pada hari ke sepuluh ramadhan saya bawa anak-anak. adik beradik. anak buah dan yang utama opah dan aki berbuka puasa di sebuah hotel. Saya nak mereka merasai suasana iftar bersama orang lain dalam suasana yang berbeza dengan suasana di rumah. Bukan hidangan di hotel yang menjadi tujuan utama tetapi bagaimana saya hendak menghabiskan kualiti masa bersama mereka lebih penting.

Saya sendiri tidak tahu.... adakah ini ramadhan saya yang terakhir? atau adakah ini ramadhan salah seorang daripada kami yang terakhir...hanya Allah yang maha mengetahui. Saya sedar sejak setahun ini waktu saya bersama keluarga amat terhad. Taat kala anak-anak semakin membesar, waktu kami bersama selalunya not at the same spot. Ketika saya lapang anak-anak pula ada aktiviti lain yang saya tidak boleh bersama mereka... begitu juga ketika mereka lapang dan bercuti saya kadang kala bertugas di luar daerah. Sejak tiga tahun kebelakangan ini cuti pertengahan tahun saya tidak pernah dinikmati sepenuhnya kerana saya terlibat dengan sukan tenis peringkat MSSM yang memerlukan dua pertiga cuti saya dihabiskan di gelanggang. Namun saya amat bersyukur kerana anak-anak tidak meminta masa saya lebih dari yang saya boleh bagi....Alhamdulillah.

Setiap masa saya berazam untuk memperbaiki hubungan sesama ahli keluarga, Biarpun jarang bersama kerana sibuk dengan tugasan masing-masing tetapi sebolehnya kita perlu mencuri sedikit masa dari yang sedikit itu. Saya mahu bila saya sudah tiada nanti... anak-anak merindui saya kerana mereka merasakan saya selalu bersama mereka setiap masa, bukan hanya masa diperlukan sahaja.
Saya mahu anak-anak mengingati saya sebagai mama yang membahagiakan mereka... seperti mana mereka juga membahagiakan saya sebagai mama mereka, Anak-anak adalah harta saya....

saya bahagia jika mereka gembira

mereka menjadi inspirasi dan kekuatan saya

saya akan terus berusaha untuk membahagiakan mereka



Wednesday, June 17, 2015

Allah beri apa yang kita perlu....bukan yang kita mahu...

Assalamualaikum....
Tahun ini jemari saya sangat "kurang rajin" mengetuk keypad laptop. sukar mencari jawapannya kerana saya sendiri seperti longlai di bawa arus... sejak kebelakangan ini saya bukan lagi "technology addicted". amat ketara saya tidak mengikuti perkembangan gajet terkini....saya pergi pameran ICT atau product terkini PC Fair. Membeli buku juga amat jarang...biarpun masuk bulan april tahun ini saya hanya membeli 3 buah buku sahaja....yang hanya kadang-kadang saya selak sebelum memejamkan mata....
Saya bertanya kepada diri.."apa sudah jadi? apa yang tak kena?" jawapannya tetap ....TIADA....

seperti ada rantai yang mengikat saya...juga ada batu yang membebani emosi saya... setiap kali saya berdoa kepada Allah... minta dan minta dan minta.... kekurangan sentiasa ada di mana-mana. Jiwa saya seperti mengingini yang lebih baik....yang lebih idah...yang lebih cemerlang... saya ingin menyumbang lebih dari apa yang saya ada... saya ingin memberi lebih dari kemampuan saya....

Allahuakhbar.... kenapa saya merasai ujian sebegini.... bagaimana untuk saya mengharuginya...
Allahualam. Akhirnya saya muhasabah diri... Allah bagi saya banyak nikmat...nikmat mana lagi yang saya nak nafikan.... apa lagi yang tak mencukupi... hidup saya sudah lengkap biarpun tidak sempurna. Saya muhasabah diri... kesempurnaan...kecemerlangan...sanjungan dan pujian bukan diperolehi melalui permintaan.... ia adalah anugerah Allah.... Allah menilai kita dan memeberi kita apa yang kita perlu...bukan apa yag kita mahu.

Allahualam

Lembut Hatinya.....

Assalamualaikum...wbr.
Ahad...22 Desimber 2013....tepat jam 23.35 saya mendapat panggilan dari Intan. Antara sedar dan mamai sebab dah terlena sat depan tv. Jauh di hujung talian saya terdengar suara Intan tersekat-sekat...
"cikgu, Jan dah tak ada....."
Mata saya terus terbeliak....
"haaahh! betul ke?"
"Intan tunggu sat, saya call sir Rizlan untuk comfirmation....sat g cikgu call Intan semula" 
Dada saya berdegup kencang....serta merta seperti 'slide show' satu persatu kaletah mereka terbayang di mata saya....

RAMADHAN INI BEGITU BERBEZA...

Bismilahirahmanirahim..
Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Ramadhan 1436 Hijrah....



Ramadhan 1

Ramdhan datang lagi... seminggu sebelum ramadhan berbagai bentuk ucapan kita terima di watsup, telegram, twitter, instagram... dan pelbagai media sosial yang lain.  Dalam Face Book pelbagai resipi di post ke wall kita menggambarkan keperihatinan friends kita... takut kita stuck tak tahu nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. so well said..."Thanks Friendster..."
         Ramadhan saya tahun ni amat berbeza....ini ramadhan ke 3 kami berjauhan dengan BESOUT. Tempat yang sangat melekat di hati kami sekeluarga. Sebuah kawasan pendalaman yang sangat indah bagi kami. Sebuah perkampungan peneroka FELDA yang sukar dilupakan kami sekelurga. Ironinya bukan kerana lanskap semualajadinya tetapi kerana lanskap sosialisasinya..... lebih-lebih lagi di bulan puasa. Bukan setakat makanan dan hidangan yang menjadi nostalgia tetapi ibadah...perjuangan... perjalanan hidup.... pengalaman di Besout begitu berharga.
         Saya amat bersyukur kerana ketika hidup dalam persimpangan saya dihantar bertugas di Besout yang akhirnya menemukan saya dengan insan-insan terbaik. dikelilingi insan terbaik menjadikan saya sentiasa berazam untuk menjadi sebaik mereka... Alhamdulillah... walaupun saya tidak menjadi terbaik tetapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana menjadikan saya manusia yang lebih baik.
         Ramadhan kali ini sangat berbeza..... putera tunggal saya tiada disisi seperti ramadhan2 yang lalu. Ketika melangkah menunaikan terawih  pada malam pertama ramadhan....hati saya sebak dan hiba. Inilah kali pertama saya tidak mengejutkan putera kesayangan saya untuk bangun sahur. Saya juga tidak melihat keletah dia semasa bersahur. Mengenangkan dia yang tidak cerewet tentang hidangan... tidak juga minta kepada saya yang bukan-bukan. Iman seorang yang senang diurus... sahurnya dari umur 6 tahun cukup sekadar nasi goreng dan air masak. Iman tidak pernah culas untuk bersahur... dan seingat saya sejak dari tahun pertama dia belajar puasa sehingga ke hari ini Iman tidak pernah minta untuk berbuka awal apatah lagi puasa separuh hari.... Hari ini putera kesayangan saya ini telah melangkah remaja.... perjalanan untuk menjadi insan kamil supaya suatu hari nanti boleh menjaga ibu dan mama, menjarakkan dia daripada saya. Saya tahu tiada yang kurang dengan menu dan ibadahnya di asrama... tetapi hati seorang mama tetap merasa hiba. Itulah lumrah jiwa manusia yang bersifat hambaNya. Saya berdoa semoga Iman saya ini cekal hati dan dapat melawan segala godaan di bulan yang mulia dan barakah ini. Semoga Allah tetapkan hatinya agar sentiasa meningkatkan ibadah kepada Allah swt.


                 Ramadhan kali ini berbeza... anakanda saya Siti Wardatina telah tamat pengajian... dia sudah memperolehi ijazah yang diidamkan... dan Alhamdulillah anakanda saya yang comel...cantik...rajin dan tak berkira ini telah mendapat pekerjaan. Walau gaji bukan ribu riban tetapi sekurang-kurangnya dia mendapat pengalaman berharga bagaimana susahnya nak "earn money" walaupun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri dan cats kami seramai 18 ekor tu....Mama sentiasa berdoa semoga Kak Na diberkati Allah..
            Ramadhan tahun ini memang berbeza.... Anakanda saya Siti Kolijah telah selamat melahirkan bayi pada 11 Mei 2015. Sebulan sebelum puasa... memang dugaan untuk mereka suami isteri... kerana baby Sumayyah lahir pre-mature. Mereka terpaksa mengharungi kehidupan yang sedikit sukar kerana terpaksa berada di hospital dalam tempoh berpantang.... menguruskan kehidupan dan keluarga sendiri merupakan cabaran baharu kepada mereka. 

Namun begitu, saya percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tempat kita mengadu, meminta dan berdoa. Seringkali saya berpesan kepada semua anak-anak saya...saya bukan selamanya bersama mereka...suatu hari nanti saya tetap akan pergi juga. Kepercayaan  saya juga semakin tinggi bahawa.... rezeki, jodoh dan umur adalah rahsia Allah....
Walaupun berbeza... ramadhan kali ini tetap dijalani dengan rasa rendah diri dan tawadhuk yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Esa. Rasa syukur kerana Allah memberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat bulan yang penuh berkat ini.