Thursday, May 26, 2011

HARI IBU...?

mak....ibu...mama....umi.....mummy....mek.....ama....dan mungkin macam-macam istilah lain yang kita gunakan untuk memanggil insan yang paling kita sayangi ini.......insan yang melahirkan kita, memelihara kita, mendidik kita dan silap hari bulan.....dia pula membaca yassin dan mengkafankan kita.......subhanaAllah...
Alangkah bertuahnya "ibu" kerana dunia mengiktiraf harinya....seluruh keluarga akan teruja untuk meraikannya.....membeli hadiah, membuat kek....makan di restoran kegemaran.....menyediakan makanan kegemaran....dan macam-macam cara kita meraikan insan istimewa ini.... saya juga tidak ketinggalan membawa anak-anak makan di gerai kesukaan mereka.......(lagi suka kalau saya yang belanja...) Ingatkan tinggal di pekan kecil kurang sambutan hari ibu ni....tapi rupanya sangat meriah sehingga.....mek kat gerai tu kata...."siakap dah habis"......ramainya orang meraikan ibu mereka dengan siakap 3 rasa......
Istilah Hari ibu mungkin memberi impak yang lain kepada yang dipanggil....mama, umi, mummy...dan sebagainya. Sebab itu kita harus membuat pertimbangan "tepat" ketika kita mula-mula menjadi ibu.....kena pilih istilah yang betul-betul berkesan....(self experience). Ketika anak saya lahir saya bersemangat nak anak panggil saya "mummy"...nampak lebih moden dan ranggi....sesuai dengan penampilan saya yang agak adventurer ketika itu...
Entah macamana saya tukar panggilan itu kepada "mama" plak....demi menyesuaikan diri dengan kehidupan saya yang menjadi sedikit "slow" selepas mendapat anak....so i'm glad with the decission.....mama i love you.....
Adik saya awal-awal lagi dah booking....dia nak dipanggil "ibu"....so until now she win the tittle....and grab the honorable wishes ...Selamat Hari Ibu......every year.....dan akhirnya anak-anak lebih mesra dengan ibu mereka berbanding smama walaupun mereka lebih banyak meminta dari mama...
Panggilan keramat itu juga seakan-akan ada magnet tersendiri kepada anak-anak dan ibu. Natijahnya, gelaran / panggilan lain seakan terpinggir.....panggilan ibu lebih "useful" berbanding panggilan yang seerti dengannya.....sebagai contoh, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kaum ibu....persatuan ibu tunggal....ibumie....ubat batuk cap ibu dan anak...dan macam-macam lagi "label" ibu yang digunakan.....dan paling mengejutkan saya ialah anak saya mengaku dia anak adik saya......(dia panggil ibu sejak kecil) bila boss saya tanya dia......"ibu awak cikgu yang mana?"
Bila adik saya ceritakan kembali kepada saya peristiwa itu.....saya amat terkedu....sendu jiwa saya....begitu hebatnya panggilan "ibu".......kepada kita semua.
So.....moral of the story.....gunakanlah istilah / panggilan ibu supaya anak-anak dapat resapan aura panggilan itu......jadi tak heranlah P. Ramlee menggunakan tajuk "ibu Mertuaku".....bukan mak mertuaku dalam filem beliau......

terima kasih ibu......

Sunday, April 10, 2011

Allah menguji dengan pelbagai cara...

Pada hari isnin....4 April 2011....kaki saya menjadi sangat lemah....untuk berdiri saya memerlukan masa hampir 30 minit.....berpaut pada kerusi....melangkah dengan sangat perlahan. Berderau darah saya...jantung berdegup kencang.....memikir segala kemungkinan....but as usual i dont want to think negative.....
Pergi ke sekolah seperti biasa....sepanjang hari menanggung kesakitan.....bercadang untuk ke klinik...tapi kesakitan membantutkan rancangan......sepanjang malam mata sukar dilelapkan kerana kesakitan melampau. Hati terasa sayu.....inikah ujian paling berat? atau ini hanya satu ujian paling ringan? Allahualam.....
Keesokan harinya saya pergi ke sekolah bertongkat......rakan sekerja memandang dengan 'penglihatan' yang amat berbeza.....saya mengelak jika ada yang bertanya 'mengapa? kenapa? cikgu sakit apa? sakit kaki ke?' saya jawab dengan gurau senda.......saya tengah berlakon....awak ada nampak tak camera tengah ambik gambar......saya sedaya upaya mencari 'jovial character' supaya tidak merasa 'kerdil' dengan kesakitan yang dirasai.....saya ingin merasa istimewa.....hanya hamba yang istimewa sahaja yang diuji dengan kematian....kesakitan.....kemiskinan...dan kekayaan.........
Besyukur saya melalui hari dengan penuh tabah.....pergi ke klinik adik saya terpaksa menjadi 'driver'......syukur.....kalau tak, tak merasa la saya menjadi boss..... Di klinik saya diberikan suntikan untuk menahan rasa sakit.....dibekalkan dengan 3 jenis pil pain killer yang paling kuat untuk saya bertahan......alhamdulillah saya boleh tidur malam itu.
Sehingga hari jumaat saya masih bertongkat....untuk naik tangga saya merasakan amat tersiksa. Namun saya gagahkan juga untuk membantu orang lain.....pergi ke Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan......seorang bayi yang tak berdosa bertukar tangan.....hati saya retak......menewaskan kesakitan fizikal saya........ Tangisan hati saya lebih pedih dari kesakitan yang saya tanggung.
Sepanjang perjalanan balik hati saya bagai dirobek.......satu persatu bayangan dosa dan kesalahan terbayang dalam fikiran saya........saya berdoa kepada Allah mohon diringankan kesakitan yang saya alami......jika ada kebaikan yang pernah saya beri kepada agama saya....jika ada kebaikan yang pernah saya sumbang kepada umat seagama dengan saya.....ya Allah kau ringankanlah beban kesakitan yang saya tanggung.......andai kesakitan ini adalah kifarah atas dosa dan kesalahan saya....maka saya redha dengan ujian Mu ya Allah.....
Alhamdulillah........hari sabtu saya boleh meninggalkan tongkat saya......dengan hati kering saya bawa pemain-pemain tenis ke court..... saya ingin lupakan kesakitan.....saya nak family saya sedar kebangkitan saya dari kesakitan......anak saya sedar yang mama dia orang kuat dan tabah.... Dalam kesakitan juga saya masih boleh memandu ke Kapar Klang.....untuk menghantar adik saya berkursus di Bandar Bukit Tinggi.....syukur ya Allah......saya sedar...saya terdiri dari golongan yang sedikit ibadahnya......sedikit sedekahnya.....sedikit ilmunya......namun saya juga ingin menjadi "hanya sedikit dari golongan umat Muhammad yang mendapat syafa'atnya di Hari Kiamat dan diringankan hitungannya untuk terus ke syurga" walaupun semua umat Muhammad dijamin ke syurga.......

Wednesday, March 2, 2011

Iman nak jadi cikgu lah

assalamualaikum wbr.......
Selepas senja....my hero balik dari mengaji al-Quran......dalam perjalanan balik ke rumah selalunya saya menggunakan kesempatan tersebut untuk berbual macam-macam perkara dengan dia....tentang kerja sekolah.....pengasuh masak apa?.....dia buat apa petang tadi.....sampai la ke perkara-perkara yang berkaitan masa depan....Iman memang bercita-cita "tinggi" nak jadi "askar". dari umur empat tahun itula cita-cita murni dia.....lau tanya mesti nak jadi askar macam Pak Teh....nanti Pak Teh panggil Iman "Tuan" dan iman panggil Pak Teh "Amir" je.....waaahhhhhh macam sebaya pulak dia dengan pak teh dia...
Dalam rancak berbual pasal kerja sekolah dia petang itu, Iman tiba-tiba bersuara....
"mama, Iman nak jadi cigu laaaa......"
haaaaaaahhhhh! terkejut saya, saya terus tanya
"Iman dah tak nak jadi askar ke?"
diam sebentar.....kemudian perlahan antara dengar dan tidak dia berkata
"Iman rasa Iman nak jd cikgu......."
saya tanya kenapa?
selamba je dia jawab......"Cikgu boleh rotan orang......"

Terngaga saya dengan jawapan itu.........tiada kata-kata yang dapat diungkapkan....anak saya yang berusia 9 tahun mempunyai tanggapan yang begitu terhadap kerjaya seorang guru......
Saya merasa sedih, terharu......rasa nak marah pun ada....bercampur baur.....
Saya nak salahkan siapa? kenapa anak saya menganggap tugas seorang guru 'boleh merotan' orang?
Sampai dirumah saya masih berfikir tentang "anggapan" Iman terhadap kerjaya seorang guru. Saya pujuk hati saya.......dengan mengatakan itu hanyalah "gurauan" seorang kanak-kanak......namun kadang-kadang ia tetap hadir dalam benak saya terutama setiap kali saya memandang pelajar yang dikenakan hukuman rotan...........kerana saya juga seorang guru.......

Tuesday, January 25, 2011

Nikmat Tuhan (Allah) yang mana lagi yang perlu di dustakan......

26/1/2011
Ketika badan raa letih dan lesu....minda tidak fokus dan becelaru.....jiwa resah tidak menentu...
namun kaki tetap melangkah laju untuk ke sekolah mengenangkan segala rezeki yang Allah bagi selama ni tidak pernah bercatu....Alhamdulillah....buang jauh-jauh rasa malas...minda kembali fokus...
Awal pagi selalunya saya mulakan dengan mengemas meja...menyusun fail...menanda check list.....but today my day get started in a different way.....reading Chicken Soup.....and volunteer relief......what a uncommon things to do.....and suprisingly.....i felt shaking and almost melted down....got a call from an old friend....good friend.....best friend.....undiscribe....AtinaayatiAsmaamarsita......selepas 22 tahun tidak berjumpa......Ya Allah saya amat besyukur kerana doa saya untu bertemu Tina hampir dimakbulkan Allah setelah sekian lama saya cuba mencari beliau.....Allah Maha Mendengar.....
sepanjang hari saya merenung diri sendiri........begitu banyak saya meminta kepada Allah....dan Allah tidak pernah berpaling dari memberi perkenan terhadap doa saya.....walau bukan sepantas kilat....Allah tetap memberi...Syukran ya rabal'al-amin....
Semakin dalam saya memandang diri saya....semakin banyak yang saya tidak mengerti......walau sebesar mana dosa saya.....menggunung tinggi kesalahan dan kekhilafan saya.....Allah tetap memberi saya ruang dan peluang......yang akhirnya saya teringat surah Ar-Rahman......
Ya Allah.....aku sangat besyukur ke atas setiap nikmat yang Engkau kurniakan....

Thursday, November 18, 2010

Kecilnya Dunia....

Face Book..............menurut kajian dan perangkaan yang dikeluarkan pihak-pihak tertentu rakyat Malaysia antara pelayar face book paling tinggi.........saya sendiri melihatnya dari sudut yang positif...Malaysians are ready to face the technology global era.....sebagai generasi yang lahir sebelum IT maniac saya sangat teruja untuk memajukan diri suapaya tidak jauh ketinggalan di kalangan rakan-rakan sekerja, anak-anak murid dan anak sendiri...sementelah diri mengajar di sekolah Bestari....
Memiliki account face book bagi saya satu kelebihan......digunakan untuk mencari rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan...sementelah lagi berpuluh tahun tidak berjumpa.....pertemuan di face book disusuli dengan aktiviti reunion.....mengembangkan rangkaian perniagaan....mencari calon menantu..(maklumlah...anak masing-masing dah teruna dara), mengimbau kenangan silam....kasih yang dahulu tak kesampaian....masih boleh disambung kembali...jika bukan sebagai teman sehidup semati.....cukup lah sebagai sahabat sejati....
Menemui beberapa rakan lama dalam face book begitu mengujakan......bukan hanya setakat add as afriends, confirm malah disusuli dengan message dan bertukar nombor telefon...berbual dan bertukar-tukar kad perniagaan. Face book memberi kesan positif kepada kehidupan saya secara langsung....post yang disharekan oleh kawan-kawan kadang-kadang mendatangkan kegembiraan, keinsafan, semangat baru dan pandangan ketiga yang begitu bermakna.....
Bersama Face book dunia ini begitu kecil.......rakan yang beribu kilometer seakan berada di depan mata......malah bertambah erat bila ada cerita untuk dikongsi bersama.....Dalam face book tiada sempadan usia...darjat dan rupa...Hapuskanlah segala prasangka yang negatif...jangan mengambil kira hal-hal yang kurang sempurna....yang pasti di face book kita masih boleh berjumpa dan berkongsi cerita dengan rakan.....

Monday, September 6, 2010

HARI RAYA TAHUN INI...

Assalamualaikum....wbr
Malam tadi saya sukar untuk lena....tidak seperti malam-malam sebelumnya....rasa gelisah....dihambat resah yang entah kenapa? puas pusing kanan dan kiri tapi mata tak mahu lena sungguh...sekejap-sekejap saya terjaga....Ya Allah kenapa lah saya gelisah begini....saya bangkit dan pergi ke dapur untuk meneguk air suam...
Kembali ke perbaringan saya masih gelisah....saya renung wajah iman yang tidur dengan tenang....sejenak itu fikiran saya melayang tentang ramadhan yang berbaki lagi 3 hari......
Tahun ini raya saya dan iman begitu berbeza........walaupun masih meraikannya di Taiping tapi suasananya pasti berbeza.....sangat berbeza.......
Tahun ini kami kehilangan dua insan yang tersayang.....arwah bapak Muhamad bin Aduk (feb) dan arwah opah, Fatimah binti Hashim (april). sepanjang ramadhan ketiadaan opah sangat terasa kerana selama 7 tahun saya menghabiskan ramadhan bersamanya.....dialah menjadi penyedia makanan, mentor memasak, perancang menu.......dan paling sukar dilupakan ialah rasa masakan opah yang sangat sedap......setiap kali melihat makanan yang menjadi kebiasaan menu opah saya mesti sebak.....(sambal sotong petai, ayam masak lemak, kari ikan, rendang ayam, ikan terubok bakar........sayur lemak.....)
25 ramadhan......saya ke kubur arwah opah bersama faiz.....puas menahan rasa sebak.....menarik nafas dalam-dalam....ketika membaca yassin pada ayat ke 63 air mata saya terhambur juga.....saya menangis teresak-esak umpama anak kecil yang kehilangan ibu......di atas pusara opah yang masih merah.....setelah 3 bulan pemergian opah inilah kali pertama saya ke kubur beliau.....setiap kali mengenangkan opah jiwa saya sayu....saya menjadi lemah.....saya tidak bermaya. hanya air mata menjadi peneman.....kekuatan saya hilang tiba-tiba....kerinduan saya pada opah tiada bandingannya.....dia umpama ibu saya.....insan yang paling dekat dan sangat memahami saya.... opah tau bila saya marah dan rimas....dia akan membiarkan saya sendirian...tidak pernah meminta tapi sentiasa memberi....
Kebiasaanya...pada hari raya kedua opah akan bertandang ke Taiping untuk berhari raya dengan iman......cucu kesayangan dia......opah tak makan laksa (angin katanya) tapi dia akan jamah sedikit.....dia akan makan nasik dengan lauk yang dia boleh makan (opah sangat menjaga makanannya....dia kuat berpantang) Tahun ini tradisi itu tiada lagi.....pasti saya ternanti-nanti kehadiran opah pada hari raya kedua nanti.........
Walaupun hati saya berat....tapi saya redha....Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya....membaca buku prof Dr Kamil siri Travelog (haji & dakwah) banyak menyedarkan saya tentang kehidupan dan keimanan.....thanks prof kerana menghasilkan buku-buku (saya baru beli duah buah) yang sangat memberi inspirasi kepada saya.....
Tahun ini adik saya Suraya juga mengalami anjakan saujana saya katakan.... dia menjadi tauke kuih raya....sepanjang ramadhan beliau bertungkus lumus membuat biskut raya......biskut makmur....suji kacang....cornflakes madu......tart nenas.....nestum.....ermmmm tahun ini jugak saya tak beli biskut dari Makcik Bibah......haaaaaahaaaaahaaaaa
Anak gadis saya dua orang tu pun stay kat asrama dah tahun ni....seorang di SMK Sungkai.....penat berpindah asrama di bulan puasa katanya...... seorang lagi di Kolej Matrikulasi Perlis......sekali sekala anak gadis saya ini memaklumkan keseronokkannya berbuka puasa dengan ikan siakap 3 rasa bersama kawan-kawannya.....(mewahnya puasa budak-budak sekarang) dulu saya berbuka puasa dengan nasi bungkus je masa di kolej dan universiti.....
Anak bongsu saya yang hensem tu tahun ini dah ada kegilaan lain....no more PS2....no more PSP....dia asyik men game kat ciber cafe depan rumah aki kat kampung! paling tak boleh tahan ialah....RM1 sejam....sehari 4 jam...huuuuuu parah mama dia.....
Ape pun tahun ini raya memang berbeza.......saya meningkat dewasa......anak-anak semakin remaja.....bapak dan opah dah tiada....
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin...